Isnin, 14 Jun 2021

Kenangan Kaherah (16)

 

Kenangan Kaherah (16)

 

PIALA AFRIKA BURKINA FASO 1998

Inilah kali pertama ambo dengar negara bernama Burkina Faso. Kalau nak dikira, sejak umur 9 tahun lagi ambo dah biasa dengar nama negara macam Uruguay, Paraguay, Algeria, Poland. Semua tu pengaruh World Cup Mexico 1986. Tak pernah dengar lak nama Burkina Faso.

 

Burkina Faso ni dah ke arah barat afrika. Dekat jer dengan Liberia (George Weah) dan Ivory Coast. Kalau negara afrika yang glamer dengan bolasepak pertengahan 80an atau awal 90an ni macam Magribi, Algeria (Rabah Madjer), Cameroon (Roger Milla), Nigeria tu ambo biasa dengar.

 

Kejohanan piala afrika ni diadakan secara dwitahunan. Seminggu sebelum kejohanan bermula, media masa termasuk tv dan radio tempatan mula memaparkan berita persiapan pasukan Mesir. TV juga ada jemput penganalisis untuk bercakap tentang peluang Mesir, kekuatan dan kelemahan Mesir dan pasukan lawan yang sama sekumpulan, serta peluang Mesir untuk mara ke peringkat seterusnya. Seronok juga tgk cara arab ni mengulas bola. Sekali nampak macam taksub jer.

 

Sebelum pasukan Mesir berlepas ke Burkina Faso, akhbar harian ada memuatkan gambar pertemuan pemain bersama PM Mesir ketika (Dr Kamal Ganzouriy) sambil bersarapan pagi. Masa ni ambo banyak memerhati je. Tak tahu sangat pasal National Team (NT) Mesir. Pemain Mesir yang ambo kenal sebelum ke Mesir ialah Hossam Hassan. Ambo pernah terbaca dalam Berita Harian tentang tandukan Hossam Hassan yang membawa Mesir ke piala dunia Italy 1990. Sempat tengok perlawanan antara Mesir menentang England masa Italy 1990. Masa ni ambo baru 13 tahun. Mmg liat Mesir masa tu walaupun mereka tersingkir di peringkat kumpulan.

 

Mesir 1998 masih ada Hossam Hassan. Dah berusia, rambut dah menipis namun masih berbisa. Ada juga 4 player yang bermain bersama kelab eropah. Hani Ramzi (Werder Bremen Jerman), Hazem Imam (Udinese Italy), Yaser Radwan dengan Hansa Rostok (Jerman). Seorang lagi tak pasti, kalau tak silap Abdul Sattar Sabri, tak ingat kelab mana. Yang lain semuanya himpunan player dari Ahly, Zamalek. Kemudian ada beberapa player dari Mansoura, Muqawaloon dan Ismailiy. Jurulatih masa tu Mahmoud el-Gouhariy, anak tempatan.

 

Masa peringkat kumpulan, Mesri tewaskan Mozamboque dan Zambia sebelum tewas kepada Maghribi hasil jaringan bintang mereka, Mustafa Hadji. Masa match dengan Maghribi ambo mula tengok secara langsung setiap perlawanan melibatkan Mesir. Senior selalu cakap Mesir kalau main dengan team arab afrika utara macam Libya, Algeria, Tunis, Maghribi ni agak susah nak makan. Pasukan arab afrika utara ni selalu dapat menewaskan Mesir. Mmg benar telahan senior. Pasukan mesir terpaksa mengharapkan kecemerlangan penjaga gol mereka Nadir el-Sayyed (Zamalek) masa lawan Magribi tu. Kalau tak, dah kena belasah jer.

 

Masuk peringkat kalah mati, Mesir menang penalty dengan Ivory Coast dalam perlawanan yang seimbang dan berlarutan ke  sepakan penalty. Masa ni dapat tengok ketangkasan Nader el- Sayyed sebagai banteng terakhir Mesir. Kemudian mereka menewaskan tuan rumah, Burkina Faso di peringkat separuh akhir sebelum ke final bertemu South Africa (SA), pasukan pilihan kejohanan. Masa tu harapan rakyat mesir dah semakin membara. Di sana sini orang mula bercakap ttg Burkina Faso.

 

Masa final, ambo hanya mula tengok selepas jaringan Ahmad Hassan (Ismaliliy), rasanya pada minit ke 20. Sangkaan ambo SA akan menang, pasukan mereka ramai pemain yang bermain kat eropah. SA masa tu ada Beny Mccarthy, bintang mereka. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Tarek Mustafa jaringkan gol kedua hasil hantaran Hossam Hassan. Sampai ke sudah SA tak dapat tembusi banteng kebal Mesir. Susah betul SA nak tembus banteng kebal Mesir yg diketuai oleh Samir Kamouna (Ahly) dan Hani Ramzi (Udinese) selain Nader el-Sayyed sebagai penjaga gol.

 

Mesir juara Afrika masa tu. Hossam dapat kasut emas, tak silap berkongsi dengan Beny McCarthy dari SA. Nader el-Sayyed dapat penjaga gol terbaik. Then ramai pemain Mesir dapat tawaran ke eropah selepas kejohanan. Samir Kamounah ker Jerman. Nader el-Sayyed ke Belgium, Ahmad Hassan ke Turki dan ada beberapa pemain lagi.

 

Selepas perlawanan berakhir, ambo naik bas ke Atabah dari Nasr City. Sajer nak tengok suasana selepas Mesir sah juara afika. Sepanjang perjalanan ambo dapat tengok rakyat mesir keluar di jalanan, menari dan main mercun sambil bersorak keriangan. Dalam bas pon rakyat Mesir dok tepuk tangan, sambal ucap kalimah syukur kerana kemenangan tu

 

Sampai Atabah, ambo sempat menyapa polis penjaga pintu ke Stesen Metro (LRT atau Monorel) bawah tanah untuk naik metro. Sempat ambo ucapkan mabruk (tahniah) kerana kamu dah jadi juara afrika. Dia senyum jer. Ambo ambil tiket dari atabah menghala ke stesen paling hujung sebelah utara. Nama tempat tu el-Marg. Selepas melalui beberapa setesen bawah tanah, metro mula naik ke permukaan. Kami melalui stesen el-Demerdash, area Zaytoun, Ain Shams, Ezbet el-Nakhl dan akhirnya ke e-Marg. Sepanjang laluan ambo dapat dengar bunyi mercun, berserta suara pekikan keriangan rakyat mesir yang berpesta. Kalau nak dikira, itu adalah kemenangan ke 4 mereka dalam sejarah kejohanan. Tapi auranya cukup terasa bagi orang asing macam ambo di bumi Kaherah ni.

 

Sampai elmarg, ambo patah balik ke Atabah. Naik bas guna laluan lain pula kembali ke Nasr City. Sajer nak tengok suasana. Sama jer kat mana-mana samada area padat macam Atabah, Ramses, atau area yang kurang padat. Semuanya bersorak gembira dengan bunyi mercun. Kami yang takder kena mengena secara langsung pun tumpang bangga. Jumpa jer arab tempatan esokya, kami ucap selamat sambil puji permainan pasukan Mesir hingga dapat jadi juara. Mereka semuanya ucap terima kasih sambil tersenyum hingga ke telinga. Masa tu kalau kita nak beli sayur, beli lauk, kita minta kurangkan skit harga sebagai kesyukuran Mesir dah jadi juara. Mereka senyum jer. Ada yang bagi murah. Ada yang tak kurangkan harga sedikit pun walau kami dah jilat dan lambung tinggi. Buang air liur pun ada. Menang bola satu hal, kurangkan harga satu perkara lain.

 

Secara peribadi, ambo melihat mutu dan kualiti bolasepak Mesir lebih baik daripada kita. Kelab2 mereka juga pernah menjadi juara kelab Afrika. Pemain-pemain mereka juga ada yang bermain di liga utama eropah. Cuma kadang tu agak tak suka dengan ketaksuban arab tempatan dengan pasukan kebangsaan mereka. Kalau pasukan kebangsaan mereka menang piala, stesen tv akan selalu siarkan perlawanan berkenaan samada secara rakaman atau highlight. Sampai kita pon naik boring tengok tv. Tapi kalau kalah, senyap jer macam tak pernah wujud kejohanan apa apa.

 

Itu sebab pelajar kita terutama dari belah Asia Tenggara suka sangat menyakat orang tempatan pasal bola. Kekadang kalau arab tanya kamu sokong mana, Mesir atau Maghribi, sengaja kita sebut Maghribi. Sajer nak tengok reaksi mereka. Biasanya mereka akan berpaling ke arah lain tak nak cakap dah dengan kita pasal bola. Begitu juga kalau kelab mereka seperti Ahliy atau Zamalek menentang kelab dari negara lain, sengaja kita tunjuk sokongan kita kepada pasukan lain. Tapi kena tengok juga orang tu camana, dan tempat kat mana. Kalau kat tempat terbuka macam kedai kopi sambal tengok bola, tak berani jugak kot melayang kerusi meja. Arab ni cukup taksub pasal bola

Tiada ulasan: