Kenangan Kaherah (8)
MAKAN-MAKAN SEKITAR KAHERAH
Kami jarang makan pagi kat rumah (breakfast). Biasanya bangun tidur, hafal quran 2 atau 3 ayat atau baca buku. Ada juga yang hafal matan kitab kitab nahu, usul figh dan macam2. Then bersiap ke kuliah. Kalau yang takder kuliah hari tu, buleh sambung tido. Biasanya musim sejuk ni kami tidur lebih dari cukup sebab malamnya panjang. Bayangkan jam 6 lebih dah isyak nak tunggu subuh 6 pagi. Kalau tidur antara 2 waktu solat tu maknanya dah separuh hari. Takkanlah kerja nak tidur jer sepanjang masa
Kami masuk ke dewan kuliah dengan perut kosong. Minum air sejuk jer. Kalau jenis rajin buleh la buat air kopi atau teh sebelum naik bas ke kuliah. Habis kuliah jam 1030 pagi ni perut dah mula lapar. Bisanya kami merayau di area Husayn cari makanan. Ada juga masa nak balik kami menapak sampai Atabah dan Tahrir baru amik bas kembali ke Nasr City. Kadang ambo akan guna laluan Abbasiah then amik bas lain ke Nasr City. Kat Abasiah ada ayam golek paling sedap (bagi ambo) dan area Maydan al-Geish juga ada tempat kabab yang glamer
Ambo cuba senaraikan apa yang terlintas dan masih dalam ingatan untuk tatapan semua. Pastinya tak semua menu. Ada yang dah kabur dan kelam. Ambo juga terpaksa google beberapa perkara sebab benda melibatkan menu ni, ambo tak pandai sangat. Bimbang juga tersalah info. Dah ada youtube cara2 memasak makanan sebegini samada dalam English atau Arabic. Sesetengah menu dah ada kat restoran arab di Malaysia ni.
1) Kushari
Kushari ni makanan yang agak popular dan murah. ada orang kata kushari ni bukan makanan orang mesir sahaja tapi menu popular sekeliling mediteranean ni. Ada arab kata makanan ni asalnya dari India. Entah la ambo tak tahu. Yang ambo tahu kushari ni sedap, murah dan kenyang. Kushari ni gabungan nasi, pasta (biasa macaroni jenis macam perut bulat tu), kacang lentil, kacang chickpeas, ada banyak bawang goreng yang garing, dan ada sos tomato kat atas. Nak sedap lagi tambah sos bawang putih. Ada lagi bahannya tapi ambo dah tak ingat. Ambo hanya tahu makan, sebut dan mengingati bahan yang nampak sahaja, cara buat tak tahu. Harga dalam 1 pound jer. Murah dan banyak lak tu. Kenyang.
2) Shawarma
Shawarma ni orang Malaysia panggil roti kebab. Sebenarnya kebab/ kabab kat sini merujuk kepada daging bakar. Itulah makanan paling mahal dan paling sedap kami makan kat mesir. Tapi entah siapa punya terjemah, shawarma dijual kat msia dengan nama roti kebab. Shawarma biasanya guna roti fino macam burger tu. Seingat ambo harganya dalam 1.50 pound kat Atabah. Ada juga shawarma yang ditaruk dalam roti eish shamiy (macam roti pita). Tak kisahla. Semuanya sedap, kenyang dan murah
3) Burger.
Arab Mesir sebut perkataan burger tu dengan bunyi r kat tengah tu (buRRgeRR) agak jelas. Kalau dalam tajwid, kena IZHARkan huruf r tu. Arab Mesir ni kalau sebut good moRRRning tu akan jelas sebutan huruf rrr. Harga ambo tak ingat. Rasanya 1.50 atau 2 pound. Ambo tak minat sangat burger kat sini. Lebih sedap burger Ramly kat msia.
4) Ful medames (fava beans)
Kacang ful. Ful ni kacang parang (fava beans). Ada yang sebut kacang kuda. Kacang tu akan dimasak dengan api slow sepanjang malam dalam bekas khas. Inilah makanan utama ambo bila dah lama kat sini. masa tahun 1 tak makan sangat, bila dok lama inilah makanan utama kami ganti nasi. Kami akan makan roti eish baladi dengan full medames. Biasanya ful tu akan ditambah dengan garam, serbuk lada, minyak bawang putih dan minyak zaitun. Full tu kami akan masukkan dalam roti eish yang dikerat dua, jadi macam sandwich. Kami masukkan telor rebus. Makan bersama tourshiy (sayur jeruk), terung dan macam-macam lagi
Harga dalam 50 sen sebungkus dah dapat makan 5 6 orang. So makanan utama kami untuk 5 6 orang tak sampai 2 pound utk breakfast. Ful harganya 50 sen. Beli tourshiy dalam 50 sen. Roti 5 sen, kami beli 50 sen. Dan 50 sen lagi kami buleh beli telor rebus terung goring. Murah kan untuk breakfast.
5) Falafel tokmiyyah
Fava beans tu dia akan hancurkan (mashed) bersekali daun sadri then buat macam cekodok dan goreng. Biasanya minyak tokmiyyah tu dah warna hitam. Ha ha. Jarang jumpa minyak goreng tokmiyyah ni tak warna hitam. Sampai ada senior sebut kalau ada yang luruh rambut dok mesir ni sebab selalu makan tokmiyyah. Tokmiyyah tu biasanya akan dimasukkan dalam roti eish, buat macam sandwich. Nak sedap lagi tambah telor rebus.
6) Nasi susu (aruz billaban)
Ada juga sebut aruz bil haleeb. Ambo suka makan nasi susu ni kalau sejuk. Letak dalam peti dan makan. Kalau panas ambo rasa kurang sedap skit jika banding dengan sejuk. Harganya dalam sekitar 1 atau 1.50 pound. Masa memula sampai, inilah makanan yang tekak ambo buleh masuk dan selalu makan.
7) Shakshukah
khabarnya makanan ni berasal dari tunis. Tak pasti. Gabungan bawang, bawang putih, rempah tertentu, puri tomato bersama telor separuh masak. Biasanya antara menu utama untuk breakfast juga.
8) Kunafah / kanafeh
kunafah ni pencuci mulut paling best. Selaku penggemar keju, inilah antara makanan ambo paling suka. Biasanya arab siram dengan air gula. Mmg manis. Dah ada orang jual kanafeh ni kat Malaysia
9) kibdah
Kibdah ni hati goreng, dikepit dalam roti fino dan makan. Ambo tak pasti kalau ada resepi rahsia pasal kibdah. Antara makanan paling awal tekak ambo buleh terima. Harga di tooba el ramly sekitar 25 sen jer untuk roti kecil. Ada juga kibdah yang harga 1 pound, bergantung kepada saiz roti dan kuantiti hati tu
10) seguk (sosej daging kisar)
Kita kat msia panggil sosej. Daging sosej tu dikisar, dimasak, dimasukkan ke dalam roti fino. Sama dengan kibdah, harga bergantung kepada saiz roti. Ada yang 25 sen dan da yang 1 pound. Ambo tak tahu pasal tu. Antara makanan awal ambo makan kat mesir. Tak tahulah kot ada resepi rahsia masa nak buat segok ni.
11) Hamam mahsyi (Merpati bakar)
Antara makanan yang best. Dia masak nasi, then nasi tu yang dah masak dia sumbat dalam perut merpati. Then merpati tu direbus. Ada yang dibakar. Dimakan bersama sup. Ambo tak ingat nasi tu guna beras basmati atau beras arab. Ingatkan nasi tu tak banyak sebab nampak hamam tu kecil, rupanya bila korek keluar nasi tu penuh pinggan. Tak habis ambo makan. Harga rasanya antara 10-15 pound bergantung saiz merpati
12) Baba ghanoush (roasted eggplant)
Ada juga sebut baba ganouj. Khabarnya makanan ni asal lubnan atau levante. Tak pasti. Guna terung yang bentuk bulat tu, then panaskan hingga warna kulit terung tu berubah. Buang kulit, perah air terung tu buang, kisar isi terung tu sehingga hancur atau separa hancur. Then masuklah garam, serbuk lada, daun sup atau sadri dan sebagainya. Seperti biasa, kami kat sini biasa masukkan kepala ayam, ajinomoto. Masa nak hiding tu taruk minyak zaitun dan tabor hirisa daun sup. Biasa kami makan dengan roti eish.
13) Kabab / kuftah
Fuhhh. Inilah makanan paling mahal ambo makan dekat mesir. Daging bakar yang dipotong kecil dan dibakar. Tak pasti lak bahagian daging tu bahagian mana. Dalam astro omputeh pon ada buat. Harganya 40 pound untuk sekilo daging. Ni dah kayangan punya. Kalau dapat makan sekali setahun pun dah kira mewah. Biasanya kami makan bila lulus exam, atau masa duit pinjaman/ biasiswa masuk jer. Jarang makan sorang. Biasanya makan berdua atau lebih, so kami boleh kongsi bayar harganya. Kuftah tu daging juga cuma dikisar dan dimasukkan bahan lain. Then dicucuk besi dan bakar.
Ada lagi makanan yang best macam ayam golek (firakh), shish tawook, mulukhiyah dan sebagainya. Kalau ayam golekk tu dah familiar kat tempat kita. Ambo biasa makan di Abbasiah, ¼ ayam dengan harga 7.50 pound jer.
Ambo tertanya tanya juga tentang nasi mandi, nasi kabsah, nasi maqlubah, dan lain lain yang berasaskan nasi. Nampak guna beras basmati dan agak mewah. Nasi anak unta pun ada kat dalam medsos. Seingat ambo tak terjumpa makanan sebegitu kat area kaherah ni. Bila kita tanya ustaz yang lebih senior mereka cakap makanan tu biasanya makanan Saudi, negara teluk, yaman n maybe sham. Kami kat mesir ni ada unsur mediterannean. So banyak guna kacang dan gandum. Khabarnya ada restoran sebegitu kat abbas aqad, kaherah ni tapi ambo tak pernah masuk. Purata harga makanan kami tu bawah 5 pound. Kecuali ayam golek, merpati dan semestinya kabab, yang lain agak murah
Restoran popular seperti KFC, pizza hut, McDonalds, semuanya ada bertaburan kat sini. Ada beberapa menu kfc contohnya disesuaikan dengan selera tempatan. Begitu juga pizza hut. Tapi benda sebegini dah ada kat tempat kita. Ada juga kami masuk tapi agak jarang
Note:
masa tu 100 USD bersamaan dgn RM380. Bersamaan pound mesir dengan lebih kurang LE400 lebih. Takder la beza sangat Cuma pound mesir agak tak stabil. Skang ambo tak tahu dah camana
Tiada ulasan:
Catat Ulasan