Sabtu, 5 Jun 2021

Kenangan Kaherah (9)

 

Kenangan Kaherah (9)

 

KAMUS SEBAGAI TEMAN

Perkara awal yang ambo buat untuk cuba memahami Arabic ialah baca akhbar dan cuba dengar percakapan arab. Akhbar pertama yang ambo beli ialah al-kourah wa al-malaaib. Akhbar ni keluar setiap minggu. Akhbar dan majalah lain pasal bola ada jer tapi agak local. Citer pasal ahliy Zamalek jer banyak, citer pasal bola antarabangsa samada tiada langsung atau agak kurang liputan. So ambo beli akhbar ni setiap minggu (akhbar mingguan). Ambo tak ingat sapa ketua pengarang tapi harganya dalam 50 sen jer (ambo guna word sen ganti qursh). Kebetulan masa tu perlawanan kelayakan world cup (WC) Perachis 1998 tengah rancak. Ada laporan perlawanan kelayakan, ada laporan kecederaan pemain dan analisa perlawanan kelayakan. Seronok rasanya bila tgk pic Ian wright dan glenn hoddle melompat riang selepas England dah sah layak ke WC Peranchis 1998. Tgk gambar pun dah seronok, Perasaan nak faham tu memang memuncak sebab minat bola

 

Langkah seterusnya ialah berkawan rapat dengan kamus. Ambo bawa kamus marbawi dari rumah lagi. Masa ambo masuk SEMUARA masa peralihan, ayah dah beli untuk kegunaan ambo tapi tak guna sebab ustaz/ustazah ada untuk ambo tanya. Maybe kami terlalu manja masa belajar yang menjadikan kami agak terkejut dengan suasana sekarang. Belajar dengan teknik orang suap ni camtu lah. Tak faham word apa, tanya ustaz/ustazah. Tak faham skit pasal nahu, tanya ustaz/ustazah. Tak faham apa pun tanya ustaz, ustazah. Kami cukup berterima kasih kepada semua guru kami sebelumnya namun bila berada di sini kami harus berdikari. Nak tanya senior setiap patah perkataan rasa segan juga. So bila kena berdikari ni, agak kekok. Nak cari maksud perkataan dalam kamus tu tak jumpa sebab tak pandai tasrif. Tasrif ni secara mudahnya perubahan setiap perkataan arab. Ada ilmu khas tentang tu (sorf). Kalau Kata Nama takder masalah. Kalau Kata Kerja Arabic ni kita kena tasrif dulu baru jumpa. So sambil cari makna perkataan dalam kamus, kami akan tanya senior dan arab tempatan ttg tasrif sesuatu perkataan. Kalau tak jumpa juga, kami akan tanya senior, merekalah yang akan bantu kami.

 

Kat rumah kami Nasr City, selain kamus marbawiy ada juga kamus al-mawrid (Arabic-english) al-Munjid. Mukjam lughah, al-wajiz, al-wasit dan macam2 lagi. Semua tu kamus Arabic-arabic milik senior kami yang agak tinggi buat kami. Ada juga Fairuzabadiy dan Lisan el-Arab yang menjadi rujukan dalam Bahasa. Tapi Lisan el-Arab tu umpama Barcelona, Royal atau Bayern sedangkan kami ni player amatur dari kampung yang masih mabuk dan silau dengan lampu stadium.

 

Namun langkah mesti diteruskan. Setiap patah perkataan dalam el-kourah wa al-malaaib aku terjemah. Letak makna dalam BM. Conteng dan tulis. Bermula dengan tajuk besar, kemudian tajuk kecil dan akhirnya setiap perkataan di muka depan dan belakang. Mula-mula mmg tulis makna word tu kat tepi tapi bila dah selalu jumpa, dah familiar ambo dah tak perlu conteng lagi. Dah mula membaca tanpa ada kamus kat tepi.

 

Kemudian ambo beli akhbar harian el-ahram, el-akhbar el-youm, el-ahram el-masaiey dan sebagainya. Ambo lebih minat el-akhbar sebab kandungan sukan dia lebih banyak dari el-ahram. el-ahram el-masaiey pula memaparkan berita larut malam dan keluar pada pagi (el-ahram keluar pada awal pagi, jam 2 pagi dah ada. Kedua-duanya akhbar dari syarikat yang sama). Paling menarik ttg el-ahram el-Masaiey ni tulisan ketua pengarang dia Moursy Atallah yang agak kritis (ambo baca rencana ketua pengarang bermula mid year tahun 1998). Bahasa ketua pengarang ni mudah, ringkas, padat dan ada satira politik serta kritikan sosial tapi seronok sebab banyak istilah baru meliputi pelbagai isu ekomoni, social mesir dan politik antarabangsa. Masa tak faham tu mmg tak seronok, sekali dah faham kalau tak baca akhbar dalam sehari rasa tak lengkap. Kebanyakan akhbar harian tu berharga sekitar 50 sen jer. Tu sebab kami agak mewah dengan kitab, majalah dan akhbar. Kecuali bahan bacaan berbahasa Inggeris yang agak mahal.

 

Kekadang lepas kuliah, ambo naik bas ke Zamalek. Masa tu bangunan kedutaan Malaysia kat Zamalek. Masa pulang dari kedutaan ambo jalan kaki dan singgah di perpustakaan negara mesir kat Zamalek. Baca akhbar dan majalah luar kat perpustakaan negara kat situ. Ada akhbar al-hayat, el-sharq el-awsat dan macam2. Akhbar sebegini dah berharga lebih 5 pound (kira mahal la) dah diterbitkan oleh negara arab di luar mesir cam Saudi n etc. Ada juga majalah Inggeris macam TIME, newsweek dan majalah France. Time tu rasanya harga dalam 10 pound. Kira agak kayangan dan bangsawan bagi kami. Sempat jug abaca berita pasal titanic, winslet dan di caprio. Boleh dikatakan mesir dilanda demam titanic awal januari 1998. Majalah Peranchis tu ambo tak tahu dia tulis pasal apa. Kami guna sepenuhnya kesempatan baca yang free kat Zamalek tu. So buleh la ambo belek belek majalah Inggeris sambil tgk gambar kat situ. Ambo cuba juga cari akhbar Inggeris yang terbit kat UK kot2 ada. Mana tahu buleh dapat baca tentang Everton, Liverpool n etc tapi tak jumpa. Samada akhbar sebegitu tak diimport masuk atau hari ambo pergi tu tak jumpa cari. Orang pon ramai. Biasanya kat section Bahasa Inggeris peranchis ni pernuh dengan arab tempatan mahasiswa dari American Cairo university

 

Kemudiannya, kami akan cuba memahami setiap papan tanda jalanraya, papan tanda iklan, signboard, banner yg memenuhi bangunan di kaherah (rujuk citer sandutash). Kalau tak faham tanya senior atau arab tempatan. Orang arab tempatan ni suka menolong kalau kita tak faham. Cuma kekadang tu mereka tidak semuanya terpelajar. So penerangan mereka tu kekadang sukar nak faham. Ada juga yang jenis sembang gajah boleh terbang, biasalah kat mana mana pon.

 

Bagi yang ada duit, mereka boleh masuk markas atau pusat bahasa kat sini. Kena bayar. Ada markaz fajr, markaz nile n etc. Khabarnya pusat ni ada bahan dan kurikulum yang sistematik dan menarik dengan tenaga pengajar yang berkemahiran. Ada pelajar kita habis jer degree sebelum balik,, mereka belajar Bahasa kat pusat swasta sebegini.

 

Ambo guna kamus marbawiy sebagai kamus utama dalam tempoh 1 tahun. Naik tahun 2 dah bergilir gilir dgn kamus arabc-arabic. Naik tahun 3 ambo dah tinggal terus marbawiy. Sampai nak hancur kamus marbawiy tu. Rasa seronok bila kita nampak kamus tu jadi buruk kerana bekas tangan kita yang selalu dok belek, sentuh, jamah sampai lebuk. Tiap kali tgk kamus tu, perasaan bangga tu ada sambil memohon pada Allah moga Allah terima segala perit jerih kami. Masa nak masuk tahun 3, senior ahli bayt ambi adli razzaq dah nak balik msia. Dia hadiahkan ambo kamus Arabic-arabic al-wajiz.. Kamus hadiahnya berkulit keras. Ambo simpan dan ambo beli alwajiz versi kulit nipis kat kedai buku terpakai di atabah. Masa tu 5 pound jer. Kamus inilah yang ambo lenjan untuk ganti marbawiy. Kat rumah kami cuba merujuk kepada kamus yang lebih besar. Cuma ambo tak sempat membelek lisan el-arab sebagai bahan utama. Ada juga geng kami yang hafal kamus. Dibuatnya kamus tu macam al-quran. Kalau yang jenis ni vocab Arabic dia mmg power.

 

Rasanya dalam 3 bulan, lepas exam pertama kami Disember 1997 (atau awal Januari 1998) ambo dah mula membaca akhbar sukan tanpa kamus marbawiy. Ada beberapa perkataan atau istilah yang sedikit berbeza antara mesir dan Saudi. Then ambo mula membaca pasal politik, hal ehwal semasa mesir, social termasuklah surat pembaca seperti aduan kat dalam ruangan aduan awam.

Benar kata orang, gunakan minat kita sebagai pintu masuk untuk langkah pertama. Ambo minat amik tahu pasal bola, dengan bola lah yang menjadi pintu masuk ambo untuk lebih mendalami Bahasa.

 

Tiada ulasan: