Kenangan Kaherah (11)
DALAM KULIAH
Masuk jer pintu besar Fakuliti Syariah. kiri kanan kami ada papan kenyataan. Biasanya ada pengumuman rasmi yang penting akan ditampal kat dalam cermin. Tulis tangan jer. Rasanya tak banyak kertas pengumuman yang bercetak, kebanyakannya bertulis tangan tapi cantik. Kemudian naik beberapa batang anak tangga, sebelah kanan ialah bilik Hal Ehwal Pelajar (HEP). Sebelah kiri ialah bilik pegawai HEP yang lain dan dewan kuliah untuk tahun 1. Depan kami ada tangga mozek ke tingkat atas yang dah berlekuk kerana dipijak. Ambo masih ingat pegawai HEP arab yang bernama Syaaban dan Abdul Mokmen. Setiap pegawai ni biasanya jaga setiap tahun. So bila kami nak sambung visa, kami perlukan salinan tasdiq (pengesahan bahawa kami ni pelajar tahun sekian sekian), kami akan berurusan dengan mereka.
Ada pegawai yang mudah untuk berurusan. Ada pegawai yang susah. Ada kadang tu pasukan ahly kalah malam sebelumnya, so esoknya ada yang datang kerja dengan muka sedih. Bila kami minta nak sain, dia sebut BUKRAH. (maknanya esok atau selepas esok atau esok atau selepas esok tak tahu bila). Tanya apasal, dia cakap aku sedih kerana ahly kalah. Nanti aku happy skit aku sain. So kami kena amik tahu pasal ahly atau pasukan bola Mesir, kalau ahly atau Mesir menang bola kami jumpa jer pegawai kami terus ucap tahniah, puji dan lambung skit ahly atau Mesir, ahly main best, Mesir ibu dunia, Mesir main macam Brazil, mudah skit pegawai tu nak sain. Kena tengok angin dan pandai main angina juga.
Lepas dapatkan sain pegawai, kena dapatkan sain ketua HEP pula. Kami ke sana sini cari ketua HEP. Kalau dalam pejabat ok juga. Kalau tiada kat pejabat, kami cari kat luar bangunan. Jumpa kat mana, kat situlah dia sain. Kekadang tu jumpa kat kereta, kat situ juga dia sain. Sambil berdiri dan pinjam belakang kami nak sain kertas tasdiq. Kertas tasdiq tu sekeping kertas kecil jer yang mengesahkan bahawa kami adalah pelajar al-ahar. Ada stem hasil (bernilai 1 pound) dan ada sain beberapa pegawai. Ada ketika tu tak selesai dalam sehari. Ramai sangat yang nak sain. Pegawai tu boring, dia minum teh dulu. Bila dah ok, dia sain kemudian. Tapi kami ni la yang terpaksa menunggu. Yang kami bimbang perkataan BUKRAH. Bila sebut bukrah tu maknanya kami balik jer. Esok datang lagi ulang benda sama. Tu sebab kami selalu bawa beg sandang. Pastikan ada buku atau bahan bacaan. Sementara menunggu yang tak tau bila, buka buku atau nota dan baca. Ada ruang, sentiasalah bersama buku.
Benda remeh jer, tapi adakala seharian sampai kami tak buleh nak buat kerja lain. Senior selalu cakap, kat mesir ni kalau berjaya selesaikan satu tugas, contohnya nak dapatkan tasdiq tu dah dikira bagus. Esoknya dengan tasdiq tu kami akan ke Imigresen pula untuk cop visa. Seharian pula kami kat situ berhadapan dengan situasi yang sama. Sekali lagi ada masa terluang, buka buku dan bacalah apa yang perlu. Kat mesir ni biasa jer kalau tengok orang baca buku dalam bas, dalam kedai, kat pejabat, di mana mana. Kita tak rasa malu kalau baca buku di tengah gawat dan hiruk pikuk kaherah. Itu yang bagusnya.
Masa mula nak buat kad matrik univeristi, pegawai HEP bertanyakan kami 3 soalan. Kau nak masuk Fakulti Syariah atau Syariah dan Undang2. (Syariah Undang2 kena belajar dalam 5 tahun). Ambo jawab Syariah. Soalan kedua ialah kau mazhab Syafie dalam fegh? Ambo jawab ya. Dan soalan terakhir English atau Peranchis? Ambo jawab English. Rasa nak jawab juga mazhab selain Shafie macam Hanafi, at least buleh juga belajar mazhab lain tapi terfikir juga ambo tak pernah belajar dan lalui kitab2 mazhab lain. Nanti ada masalah nak cari siapa, nak rujuk siapa. Dah la tak tahu apa lagi dalam mazhab kita then nak belajar mazhab lain. Begitu juga masa soalan pasal bahasa, terasa nak jawab French, mmg la dapat belajar Bahasa perancis tapi sebelum ni tak pernah lalui dan hadapi benda sebegini, kan gagal jadi masalah besar pulak kan.
Kuliah paling awal bermula jam 900 pagi. Biasanya student msia ada yang lepas subuh dan merata atas bumi Kaherah. Ada yang mengadap Syeikh untuk mengaji Quran. Ada yang menadah di halaqah tertentu.10 minit sebelum mula kuliah biasanya tempat duduk dalam dewan dah hampir penuh. Yang datang lewat tu pandai-pandai la nak dok camana. Biasanya kami berbual dan bertanya khabar. Geng Afrika agak peramah dan selalu bertanya khabar. Biasanya merekalah lah akan bertanya dan menyapa kami tentang pelajaran, kehidupan kat kaherah dan negara masing2. Ada daripada mereka dah berada di kaherah sejak sekolah menengah so mereka agak fasih dan faham budaya dan adat mesir ni. Merekalah yang kami selalu tanya dan menjadi tempat rujukan bila tak faham. Sebilangan mereka ada yang dah berkeluarga dan berusia namun masih belajar dan sekelas dengan kami
Selain geng afrika, ada juga dari negara Stan seperti Kazakhstan, Uzbekistan n etc. Sepeti geng afrika, mereka sudah menetap di sini sejak sekolah menengah. Agak fasih berbahasa cuma ada beberapa huruf mereka macam sukar nak sebut, so kami kena perhati butir percakapan mereka. Ada juga sebilangan kecil yang seperti kami, hanya tiba di Mesir masa tahun 1. So agak merangkak untuk memahami. Ada sebilangan kecil pelajar dari Suria (Syria). Kebiasaannya pelajar Suria hanya datang ketika nak exam. Mereka akan stay kat Suria dan belajar kat sana. Ada juga sebilangan kecil dari Eropah seperti Bosnia, Kosovo, Rusia (Chechen) dan Britain. Yang Asia tenggara macam kami tu mmg ramai.
Majoriti dalam kuliah adalah pelajar tempatan mesir. Mereka masuk Univ dalam usia muda, tak silap dalam 17 atau 18 tahun. Berbanding dgn kami yang sekitar 19 atau 20. Perkara biasa dalam kuliah bila ada yang bercakap kuat, melaung, lompat atas meja (semua tu semasa menunggu pensyarah datang) masuk keluar bilik kuliah semasa pensyarah sedang berucap. Ada juga pensyarah yang tegas macam Dr Atiyyah Fayyad, bila dia masuk pintu kuliah ditutup. Semua tu kami kena hadap. Dewan kuliah kami pula terletak di tepi jalan besar. Rasanya dalam jarak 10 meter jer jalan besar, hanya dipisahkan dengan pagar. So kalau dok belakang, bunyi hon kereta, bas dan lori tu perkara biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan