Khamis, 3 Jun 2021

Kenangan Kaherah (7)

 

Kenangan Kaherah (7)

DARI HUSAYN KE ATABAH

Kami selalu sebut nak ke Husayn bila nak ke kuliah. Dalam jarak 100 meter menghala ke timur ada stesen bas, tempat bernama Darrasah. Ada masjid Syeikh Saleh Jaafariy kat situ. Ambo tak pasti sekarang area kuliah tu lebih sinonim dengan nama Husayn atau Darrasah, kat Darrasah tu ada bangunan Dar Ifta’  (pejabat mufti Mesir) dan Masyaykah al-Azhar (pejabat Syaykh al-Azhar).

 

Masa tahun ambo sampai, Masjid al-Azhar sedang direnovate. Hanya ada ruang solat kat depan jer. Ada la dalam 20 saf jer rasanya yang dapat guna untuk solat, bahagian lain ditutup sepenuhnya. Ambo lebih selesa berada di Masjid Husayn yang terletak di seberang jalan untuk solat atau menanti waktu kuliah.

 

Kat belakang Masjid al-Azhar, situlah kami tunggu bas masa nak balik. Ada kedai minuman yang jual air tebu, mangga dan macam-macam. Kalau musim sejuk tak kisah sangat tapi kalau musim panas fuhhhh. Cukup lazat minum air sejuk pada musim panas waktu tengahari di tengah bandaraya Kaherah ni. Patutla syair si sufi selalu sebut kenikmatan air sejuk. Ambo selalu terfikir dulu kenapa arab selalu sebut kenikmatan air sejuk, kenapa tak guna air teh tarik, air soya atau air lain. Rupanya air sejuk pon dah cukup nikmat. Apatah lagi air yang ada perasa sebegitu.

Air tebu kat sini dimesin dan perahan tu akan jatuh ke atas kiub ais. Then mengalir ke dalam bekas dan diisi dalam gelas. Harganya 25 sen jer. Biasa kalau musim panas tak cukup segelas. Kalau air mangga harga dalam 1 pound. Air mangga tu dimasukkan ke dalam gelas berserta urat dan isi mangga. Ambo suka air mangga hinggalah ambo lihat sendiri cara arab proses mangga di atabah. Buah mangga tu dibuang kulit dan dikumpul atas meja khas. Kemudian ada beberapa orang pekerja akan pijak mangga tu pakai kasut but. Maybe kasut but tu khas untuk pijak buah tu tapi sejak ambo lihat kejadian tu. Slow skit nak minum mangga. He he. (tak tahulah kalau kalau hanya kat kedai tu yang buat gitu)

Ada juga air koktail. Dia bubuh buah strawberi, ada susu masam dan campuran yang lain. Mmg best. Kalau kedai yang besar ada lagi air buah epal, oren dan macam2 buahan. Ambo suka minum air buah sebab cara penyediannya fresh. Kalau oren, pekedai akan kerat dua oren tu dan letak kat bawah alat perahan secara manual. Sepanjang ambo berada di sini, tak pernah pulak tengok dia guna mesin blender. Cara manual jer. Air tu akan masuk dalam gelas minuman kita. So kita akan dapat minuman yang fresh. Begitu juga buah epal dan lain lain

 

Masa musim panas, kami selalu minum hagah saah (air karbonat). Harganya dalam 50 sen untuk sebotol hagah saah. Sama macam tempat kita. Pepsi, cola, mirinda oren dan macam2 lagi. Untuk hagah saah botol besar dalam 1.5 liter harganya 1.50 pound tapi kena bawa botol kosong. Kira tukar botol kosong tu dengan sebotol air penuh akan dapat harga tu. Kalau nak beli bersekali dengan botol tu rasanya dalam 3 pound. Masih murah. Mmg kami agak mewah pasal makanan kat sini

 

Ada juga air malt berjenama fayrouz dan barbican (kat msia ada jer barbican ni) Ada yang dah bergula dan ada yang takder gula. Tapi ambo kurang skit air ni. Kalau yang takder gula rasa macam pelik jer. Kalau yang ada gula ambo minum, tapi lebih memilih haagah saah banding dengan feyrouz dan barbican

 

Then ada juga kedai sulaman khat. Kedai tu kecil jer. Cuma pakcik yang buat khas sulam tu letak meja kat bahu jalan, buat kerja kat situ. Kami akan nampak seni sulaman khat pakcik tu dengan berang berwarna emas yang ditusuk ke atas kain hitam baldu. Mmg mengasyikkan.

 

Then ada kedai makanan yang jual falafel tokmiyyah, kusyari dan pelbagai lagi. Rasanya pasal makanan tu ambo kena tulis semula.

 

Kat seberang jalan, ada Masjid Husayn. Masjid Husayn terletak setentang jalan dengan Masjid al-Azhar. Kedua-duanya masjid besar. Agaknya macam masjid Putraja. Kemudian kat seberang jalan ada lagi masjid Putrajaya. Kalau nak dikira jarak, tak sampai 200 meter atau lebih dekat. Kedua dua masjid ni buat soat jumaat. Ini cukup berbeza dengan keadaan kita kat msia.

Masjid Husayn khabarnya dinamakan Husayn sempena kepala Saidina Husayn yg dipenggal di Karbala dan dibawa tunjuk kepada khalifah. Kemudiannya kepala yang terpenggal dibawa secara sembunyi dan disemadikan di Kaherah. Kesemua pendapat ini ada pertikaian pro kontra dalam ilmu sejarah. Memandangkan penulisan ambo lebih berbentuk santai, ambo tidak berhajat memanjangkannya. So kepada siapa yang bertanya kenapa nama masjid tu masjid Husayn, semoga jawapan ambo merintis jalan kepada anda yang berminat untuk mengkaji lebih jauh.

 

Masjid Husayn ni sentiasa penuh dengan orang ramai. Ahli-ahli tarekat pon ramai berkunjung ke masjid ini. Masjid ni juga jadi area pelancong. Ada polis yang jaga. Ambo pernah tengok anggota polis bawa rotan dan pukul ahli jemaah yang tidur dalam masjid. Takderla kuat sangat. Cuma bagi amaran jangan tidur dalam masjid. Masa tu jam 10 pagi dan ambo sedang menanti kuliah jam 1030 pagi. Tak pasti ahli jemaah yang tidur tu gelandangan atau tak, yang pasti polis mmg tak bagi tidur dalam masjid masa tu.

 

Dari masjid Husayn, bila kita berjalan menelusuri ke arah Barat (laluan tu menghala ke sungai Nil) akan melalui bazar yang agak famous. Khan khalili. Anda boleh search youtube atau google untuk melihat suasana hiruk pikuk bazar ni. Dengan segala ragam manusia, baragan yang dijual. Suasana arab dok melaung jual baragannya hinggalah kereta keldai dan kereta kuda yang bawa barangan merentas jalanraya. Debu dan kotoran usah ditanya. Masa musim sejuk takder la terasa sangat, udara dia macam lembap skit. Apabila musim panas, jalan yang kering penuh dengan debu. Senior kami cakap kita dok Kaherah ni, selalu hitam tahi hidung dengan debu. Kalau dok msia kita jarang buat istinshaq ( masuk air dalam hidung masa amik wuduk), bila sampai sini kena buat sokmo masa amik wuduk sebab hidung penuh dengan debu dan kotoran. Apatah lagi kalau ke Khan Khalili, Atabah dan area padat Kaherah ni. Balik jer dari area ni, kena istinshaq. Tersumbat hidung kalau tak buat.

 

Dari Khan Khalili biasanya kami akan menapak (berjalan) sampai ke Atabah melalui lorong lorong yang dipenuhi dengan kedai. Kadang tu menapak sampai ke hujung sungai Nil merentasi Tahrir ( kat situ ada bangunan persekutan mesir). Jaraknya sejauh lebih kurang 4 km. Tak terasa jauh sebab dipenuhi dengan manusia yang berhimpit-himpit. Kalau rasa lapar kedai makan pon banyak. Ada kedai kek arab, kedai sup, kedai ayam golek, shawarma dan sebagainya, insya allah kalau berkesempatan ambo kena tulis khas pasal makanan. Harganya masih dalam kemampuan kita sebagai pelajar. Tu yang best

 

Kat sini juga kami beli stokin perempuan berjenama Sandy. Ambo pun tak biasa tapi sebab ada geng kita yang dok muhafazah bila datang Kaherah nak beli stokin untuk kiriman keluarga kat msia, kat area sinilah. Mereka akan tanya kita, so kitalah yang jadi peneman dan penunjuk jalan. Masa tu sedozen dalam 18-17 pound jer. Kalau beli borong rasanya dapat harga yang lebih murah

 


 

Tiada ulasan: