Ahad, 13 Jun 2021

Kenangan Kaherah (15)

 

Kenangan Kaherah (15)

AIDILFITRI & PASCA EXAM 1

Kami menyambut aidilftiri dalam musim sejuk. Dengan berseluar 2 3 lapis dan berbaju sejuk tebal dan bertarbus ambo menunaikan solat sunat aidilfitri di perkarangan Masjid al-Libiy. Solat sunat aidilfitri kat sini dilaksanakan apabila masuk jer waktu boleh solat, lebih kurang 5 atau 10 minit selepas waktu berkenaan, solat terus didirikan di area lapang. Ambo masih ingat kawasan tu agak berpasir. Staf masjid dah siap hamparkan sejadah tebal kat atas pasir tu. Kami solat kat situ sambil mendengar khutbah aidilfitri. Ada juga pelajar kita yang siap berbaju melayu dan bersamping, siap dengan baju tebal kat luar.

 

Takbir raya kat sini dialunkan dengan penuh semangat. Takder la mendayu2 macam P Ramlee tu. Rasa semangat jer. Kita raikan kemenangan kita melawan nafsu dengan berpuasa di bulan Ramadan ni. Cukup berbeza dengan alunan takbir raya kat msia. Tak rasa sedih langsung. Masa tu baru ambo perasan ramai rupanya penduduk di area sini (area rumah sewa kami) Boleh dikatakan golongan lelaki, wanita termasuk kanak-kanak memenuhi ruangan solat berkenaan. Masa ni la anak2 dara arab semua keluar bersolat kat belakang. Kami nak berpaling tak berani, kot kena marah berpaling belakang takder sebab. Arab ni ada benda yang mereka cukup sensitif.

 

Persatuan pelajar biasanya akan buat solat sunat aidilfitri khas untuk pelajar malaysia kat Masjid Musa. Biasanya lepas arab tempatan solat, geng kita pelajar pula yang solat berimamkan pelajar kita dan takbir raya ala Malaysia. Biasanya Presiden persatuan yang berkhutbah.

 

Selesai solat raya, kami balik rumah dan makan dulu apa yang ada. Then barulah jalan2 ke rumah senior kat sini terutama yang dah kahwin. Biasanya golongan madam (gelaran bagi student sini yang dah kahwin) menjadi tumpuan kami. Ada kuih muih ala Malaysia. ada pulut, rendang dan macam2. Kalau golongan madam yang ada pinjaman atau biasiswa tu, masa nilah kami dapat makan sate atau nasi minyak, kira tahap bangsawan skit. Kalau nak harap geng bujang cam kami ni, makan biskut arab tau roti arab yang kami beli jer. Ada juga yang rajin buat sendiri, tapi orang laki ni biasalah, cekodok, cek mek, sardine gulung, kira ok dah tu. Ada juga yang jalan ke rumah arab, biasanya tuan rumah. Ada juga yang bertukar juadah raya kami dengan tuan rumah arab. Yang pastinya, sepanjang 2 tahun ambo beraya di Nasr City, takder lak bunyi meriah mercun macam beraya kat msia.

 

Pihak persatuan juga akan buat majlis hari raya, ada juga majlis anjuran jabatan penuntut Malaysia bersama kedutaan. Masa nilah kami dapat berkumpul bersama, jalinkan silaturrahim bersama sahabat terutama yang datang dari muhafazah. Sambil berjumpa, dapat makan percuma. Ha ha ha

 

Bila tengok tv, ada siaran langusng solat aidilfitri presiden mesir, Muhammad husni Mubarak. Ambo tak ingat masjid mana dia selalu solat tapi masjid tu penuh dengan anggota tentera. Yang pasti bukan masjid yang besar atau bersejarah seperti masjid amru, al-azhar atau husayn. Kadang tu siaran tertunda, kami tengok juga. Dapat dengar khutbah takper dah.

           

Bila cuti hari raya atau cuti umum, arab suka sangat melawat ke Hadiqah Dawliy (taman negara). Taman negara mesir bagi ambo biasa jer. Kawasan lapang dan luas yang menghijau dengan rumput yang dijaga rapi dan pastinya berbayar. Siap ada kaunter tiket. Ada juga alat2 permainan kawasan tu. Tak pastilah skang camana. Bagi kita yang dah biasa tengok rumput menghijau, area sebegitu terlalu biasa bagi kita. Tapi bagi arab, cukup menarik. Mereka akan memenuhi seluruh taman bersama keluarga. Kadang tu siap bawa pemain kaset atas bahu sambil pasang lagu2 arab.

 

Seminggu atau 2 minggu selepas aidilfitri, kami akan kembali ke kuliah. Beli buku untuk semester 2. Semester 2 ni ada subjek al-Quran (AQ). Ada 2 juzuk yang kami kena hafal iaitu juzuk 1 dan 2. Rasanya silibus kami tak sama dengan akhawat (tak pasti)

 

Subjek AQ ni sedikit istimewa. Ada ujian lisan dan ada ujian bertulis. Jika kita tak lulus masa exam Mei, kita buleh ambil lagi dur thani (pusingan kedua) khas untuk exam AQ sahaja. Ambo tak ingat bila exam dur thaniy, rasanya hujung bulan Jun atau Julai. So ada juga sesetengah pelajar kita masa exam Mei, mereka tak focus sangat kepada subjek AQ. Bila habis exam Mei, mereka mula pulun AQ. Lagi satu kalau kita lulus subjek AQ ni dengan cemerlang, nanti subjek ni dapat tolong subjek lain yang gagal. Kami selalu panggil sebagai syafaat. Contohnya ada subjek lain gagal sekadar 2 atau 3 mata, then AQ dapat cemerlang, biasanya subjek yang gagal tu akan diluluskan bila AQ kita cemerlang.

 

Khabarnya kalau generasi dulu dulu, bila sebut fakulti Syariah mesti al-hafiz. Sampaikan ada kata-kata tiada tempat untuk al-Azhar bagi yang bukan al-hafiz (dulu-dulu camtu la). Zaman ambo dah ada kelonggaran untuk wafidin (pelajar bukan arab tempatan). Tapi untuk arab tempatan, graduan al-azhar mesti al-hafiz.

 

Kami selalu ambil masa selang kuliah ni untuk hafal dan perkemaskan hafalan. Kadang tu ambo selalu fikir, masa kita belajar Bahasa, ada shair arab yang kita kena hafal sebagai hujahan dalam Bahasa. Shair tu susah nak ingat banding dengan AQ. Tapi bila dah ingat rasa macam kekal lama. Beza dengan AQ, kita dah biasa hafal sejak kecil surah2 lazim. Tapi sekali kita tinggal, mula berterabur hafalan kita. Begitulah juzuk2 yang lebih tinggi. Bila dah banyak kita hafal. mula bertemu ayat2 yang hampir sama. Kalau tak mengulang jawabnya berterabur habis hafalan. Benarlah bahawa AQ ni tak akan berada dalam hati yang kotor. Tak sama kalam tuhan dengan kalam si penyair

 

Hafal AQ ni macam suatu budaya jer kat tanah arab. Ada kawan kami pernah belajar kat Saudi, anaknya dihantar ke sekolah rendah kat sana. So bila petang, ada kelas ngaji AQ bersekali dengan hafalan kat surau atau masjid. Dah jadi macam aktiviti luar, macam aktiviti ko kurikulum lak. So kawan kami tu citer, bila habis belajar di Saudi, anak dia dah hafal 6 atau 7 juzuk.

 

Kat mesir pun sama. Sesekali bila imam baca ayat panjang dalam solat, kemudian tersalah petik ayat lain, bising satu masjid jemaah arab dok tegur imam. Mereka tolong peringatkan imam tentang ayat yang imam tersalah. Sekali tengok makmum, santai jer dengan seluar jeans, dengan jersi ahliy atau Zamalek, tapi hafal AQ tu perkara biasa. Begitu juga masa naik teksi, kadang tu sengaja pemandu teksi baca AQ salah nak tahu kami tegur pun tidak. Kadang pemandu teksi tu tanya direct, surah apa yang kamu hafal. kami jawab surah sekian sekian, terus ditanya tentang surah tu. Rupa2nya pemandu teksi tu al-hafiz. Perkara biasa kat sini

 

 Bila sembang dengan arab, mmg dia akan selalu rasa pelik dengan keadaan kami yang tak hafal AQ tapi dapat masuk azhar univ. Inilah perkara ulung yang ambo akan sebut tentang kebaikan orang mesir atau arab, mereka menjadikan hafalan AQ sebagai suatu kebiasaan, suatu adat tradisi mereka. Kadang2 kalau sembang dengan golongan tua, mereka selalu sebut kepada kami, hafallah AQ kerana banyak kelebihannya dan nanti bila kamu balik ke negeri kamu, sebarlah dakwah dan kebaikan kepada semua orang terutama pasal AQ. Nasihat dan peringatan yang sering membuatkan ambo termenung. Rasa berat sangat tanggungjawab tu.

Tiada ulasan: