Rabu, 23 Jun 2021

Kenangan Kaherah (19)

 

Kenangan Kaherah (19)

 

PESTA BUKU ANTARABANGSA KAHERAH (PABK)

Ustaz kami masa kat SEMUARA selalu bercerita tentang harga buku yang cukup murah kat Mesir. Beliau juga pernah bercerta tentang pameran buku yang katanya seluas padang bolasepak. Masa tu kami hanya mendengar. Tak dapat kami nak bayangkan padang bola yang penuh dengan susunan rak buku.

 

Seingat ambo, PABK ni wujud sejak tahun 60an lagi, tak pasti secara tepatnya bila. Biasanya diadakan selama 2 minggu pada penghujung Januari atau awal Februari (musim sejuk dah nak berakhir). Pesta ini merupakan pesta buku yang terbesar diadakan di dunia arab. Ia memberi peluang untuk penerbit dan penjual buku, pencari buku, pengarang, penyair, karyawan, sasterawan dan segala orang yang berkaitan dengan buku berkumpul kat sini. Ambo pernah baca dalam tahun 2006-07 dalam akhbar Malaysia bahawa pesta buku Kaherah berada di nombor 2 dunia selepas pesta buku Frankfurt. Walaubagaimanapun ambo tak tahu angka tu dikira berdasarkan apa. Samada berdasarkan jumlah nilaian jualan buku, jumlah perserta samada penerbit atau pengunjung pesta atau pun ada factor lain. PABK ni dianjurkan oleh Organisasi Awam Buku Mesir (general Egyptian book organization) bertempat di Salah Salem, Nasr City. Penerbit yang meyertai pameran tu pernah mencecah sehingga 700-800 syarikat penerbitan melibatkan lebih 30 buah negara dengan ruang lantai untuk pameran tu pernah mencecah sehingga 600 ribu meter persegi. Angka tu mungkin dah banyak berubah. Khabarnya PABK sekarang tidak lagi diadakan di tapak Nasr City.

 

Selain jualan buku, pihak penganjur juga ada menyelitkan acara sampingan seperti forum, wacana dan majlis kurniaan anugerah-anugerah tertentu yang mengiktiraf jasa dan sumbangan para penulis, penyair, sasterawan dan sebagainya. Mereka juga meraikan hari ulangtahun kelahiran individu seperti Naguib Mahfouz (pemenang hadiah nobel dari Mesir), Tawfiq al-Hakim (dianggap bapa novel dan drama arab), dan sebagainya. Walaupun sesetengah individu berkenaan telah meninggal, penganjur akan mengadakan acara seperti forum untuk mengenang jasa dan sumbangan penulis atau karyawan berkenaan.

 

Ada juga pentas untuk wacana yang diadakan di dalam dewan kecil. Seingat ambo, masa ambo hadir tu ada wacana tentang perang mesir-israel 1973. Dalam perang tu mesir kembali mendapatkan Sinai dari Israel. So ada beberapa orang veteran perang dijemput dan berucap menceritakan suasan perang yang berlaku. Ramai juga audien dalam dewan sampaikan dewan tu terasa bahang padahal kami masih berada di penghujung musim sejuk. Ambo masuk sekadar nak tengok suasana jer sebab niat asal nak beli buku. Kalau setakat nak amik tahu pasal perang tu buleh tengok tv bila tiba setiap bulan oktober (perang tu berlaku pada Oktober 1973)

 

 

Tahun 1998 tu merupakan pengalaman ambo yang pertama dengan PABK. Masih ambo ingat, malam tu selepas solat maghrib kami naik teksi ke tapak PABK. Siap bawa troli kecil sebab ada housemate kami nak beli buku yang banyak jilid. Kadang tu ada buku yang sampai 20 jilid. So penjual hanya menyediakan plastic jer. kalau pergi seorang diri dan beli buku sebegini, sakit tangan nak bawa. Kena bawa troli. Kami pergi bertiga atau berempat dengan 2 troli (rasanya).

 

Itulah kali pertama ambo saksikan dengan mata kepala sendiri deretan buku yang panjang di bawah khemah2 besar. Ada khemah untuk buku agama. Ada juga khemah dan ruangan untuk buku falsafah, sains, Bahasa arab, kedoktoran, kejuruteraan, computer, kanak-kanak dan macam2 lagi. Ada juga yang berada dalam bangunan atau dewan. Setiap khemah tu kekadang mewakili negara syarikat penerbitan. Setiap deretan tu penuh dengan rak buku yang meninggi. Nak amik kitab yang atas tu kena guna tangga (orang kelantan sebut sigar).

 

Pengunjung memang ramai. Sesekali berselisih juga dengan pelajar kita yang bersama troli masing masing dan bergerak secara berkumpulan. Biasanya kalau yang jenis bawa troli sendiri untuk borong buku ni pelajar belah asia tenggara. Setiap kali kami melalui kiosk jualan, penjual akan panggil kami masuk dan pilih kitab yang dikehendaki. Memang mesra dan peramah sebab dia tengok kami bawa troli. Mesti nak beli kitab berjilidkan. Ha ha

 

Rasanya 2 3 jam juga kami berada dalam bangunan buku agama tu. Dah lenguh berjalan kami keluar dewan bersama troli yang dah berisi. Ambo tukang tolak. Kami menapak hingga ke jalan besar dan terus balik. Hari pertama ambo masih tak habis keliling tapak PABK. Hanya berlegar-legar dalam satu bangunan jer

 

Keesokannya, ambo pergi seorang diri pada waktu siang. Balik dari kuliah terus singgah di Salah Salem. Sempat beli beberapa buah kitab kecil yang boleh di bawa dengan tangan. Keluar dari dewan tu, ambo masuk ke khemah buku terpakai sambil berjalan melalui setiap kiosk penerbit. Biasanya mereka akan berikan senarai harga buku (macam flyers) yang berwarna warni. Ambo kutips semuanya. Asal orang bagi kertas iklan jer ambo kutip, baca sepintas lalu dan simpan. Masuk hari ketiga dan seterusnya, ambo akan singgah tiap kali balik dari kuliah. Kekadang tak beli pun, sajer berjalan di seluruh tapak PABK.

 

So anda buleh bayangkan betapa meriah dan seronoknya suasana pesta buku ni. Walaupun kadang tu kami takder duit, dapat tengok buku yang pelbagai tu pun dah rasa seronok. Contohnya kitab Fath al-Bari (syarah kepada Sahih Bukhari karya Ibn Hajar Asqalaniy) tu ada pelbagai cetakan. Yang paling cantik pada masa tu biasanya cetakan Darul Fikr Beirut. Kertas yang digunakan dengan mata font untuk setiap cetakan tu agak tersusun dan cantik. Kalau takder kat Darul Fikr, kami cari di penerbitan syarikat lain yang dari Lubnan. Kalau takder yang Lubnan atau harganya terlalu mahal, kami cari kat penerbit lain yang biasanya lebih murah. Begitu juga buku-buku tulisan ulama semasa seperti Tafsir Munir dan fiqh Adilah karya Dr Wahbah Zuhayliy, memang terliur nak beli tapi apakan daya setiap satu kitab tu harganya mencecah 100 USD (masa tu 100USD lebih kurang 450 pound Egypt atau rm380). Kalau beli kat Msia pada masa tu khabarnya harga dah hampir RM1k.

 

Pernah pelajar Malaysia dari univ di sebuah negara arab (bukan Mesir) datang ke Kaherah untuk mellihat sendiri suasana CIBF rasa teruja dengan saiz dan suasana kat sini. Katanya kalau kat tempat dia belajar, ada 4 khemah besar tu dah dikira hebat. Biasanya kalau buat pameran buku kat univ, ada 2 khemah jer untuk buku agama. Tu pun dah jenuh kita nak pilih buku. Kat sini katanya, lebih daripada 10 buah khemah. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Memang Kaherah syurga buku.

Tiada ulasan: