Kenangan Kaherah (12)
MENJELANG EXAM
Senior selalu sebut, blaja sini kalau study tak sampai 12 atau 14 jam sehari tu jangan harap nak lulus. Memula ambo agak skeptic dengan statement sebegitu. Masa kita belajar STU (skang dipanggil STAM), takder la sampai gitu. Belajar hampir setahun dan exam. Ada kelas tambahan. Ada briefing guru ttg cara nak jawab soalan. Cara nak tackle soalan. Biasanya soalan yang masuk tahun lepas berkemungkinan tahun ni dah tak keluar. So penekanan kepada tajuk tu dah slow. Ada juga program perkampungan, tidur bangun di sekolah 2 minggu untuk study masa STU. So teknik belajar kat sekolah agak perlahan, maybe sesuai dengan kami masa tu.
Apabila melangkah ke univ, caranya dah tak sama. Apatah lagi di negara orang, caranya cukup berbeza. Kalau masih tak pecut dari awal, tak mustahil kita akan ketinggalan. Bila ada senior yang cakap begitu rasa macam tak percaya. Lama-kelamaan ambo dah nampak kebenaran kata2 tu. Boleh diterima. Kalau nak lulus, kena tidur buku makan buku tengok buku. Tu jer kerja kami terutama di tahun pertama dan semester pertama. Segalanya terpaksa dilakukan sendirian.
Pihak univ akan mengumumkan tarikh exam biasanya 2 bulan lebih awal. Masa tu kami tengah rancak berkuliah. Sebulan sebelum exam, dewan kuliah dah jadi macam sardine kuasa dua. Kalau sebelum ni jadi sardine jer, takder kuasa dua. Masa ni pelajar tempatan yang jarang hadir kuliah, semuanya akan hadir untuk urusan kad matrik, beli buku dan sebagainya.
Kebiasaannya pelajar arab tempatan yang miskin, mereka akan berkerja. Ada yang bertani, jaga kedai keluarga, buruh kasar dan macam2. Mereka juga tinggal di area sehingga beratus kilometer dari Kaherah. Ada juga yang dapat biasiswa dari al-azhar dan tinggal di asrama. Ada yang berulang alik dari kampung setiap 2 3 hari ke kuliah. Biasanya bila dah nak exam, semua pelajar hadir. So dewan kuliah dah jadi sardine kuasa dua. Pelajar Suria (Syria) juga ada yang yang dah tiba dari negara mereka. Ada juga yang hadir hanya beberapa hari sebelum exam. Ambo suka tgk jubah dan serban mereka yang kemas. Juga suka mendengar dialek mereka yang sedikit lembut jika dibandingkan dengan mesir.
Pelajar msia juga ada yang dah mula tiba ke Kaherah. Biasanya pelajar senior yang terkandas tahun sebelumnya, mengulang dengan subjek yang sedikit terutama subjek al-Quran, mereka akan datang masa dah dekat exam. Lagipun subjek al-Quran, kita buleh menghafalnya di mana-mana. Ada juga pelajar Msia yang tiba dari negara lain macam United Kingdom. Biasanya bila cuti musim panas pada Jun, mereka akan terbang ke UK untuk berkerja di ladang strawberi. Bila menjelang Disember mereka akan kembali ke Mesir. Biasanya orang lama ni dah belajar dengan belanja sendiri, tidak lagi mengharapkan duit pinjaman atau biaya keluarga. Mereka terpaksa berkerja untuk biaya pengajian mereka. Golongan UK ni tak ramai pada masa awal ambo kat sana.
Antara soalan glamer kepada pensyarah masa tu adalah tentang soalan peperiksaan. Ada yang tanya mukasurat mana yang patut baca. Soalan apa nak keluar. Buku ni tebal sangat, buleh ke kami baca separuh. Macam macam soalan pelajar terutama arab tempatan. Pensyarah kat sini selalu cakap min gild ila gild (dari kulit muka depan buku sehingga ke kulit muka belakang buku kamu). Maknanya kena baca keseluruhan buku tu. Takleh nak tinggal atau spot soalan. Esoknya para pelajar arab yang lain pula akan bertanyakan soalan yang sama sampaikan ada juga pensyarah yang marah2 sebab dok ulang soalan sama.
2 minggu sebelum exam, kuliah dah berakhir. Masa ni kalau ada sapa yang tak setel lagi kad matrik pelajar (kernih) atau urusan tasdiq untuk visa tu buleh la buat segera. Pelajar yang takder kernih (kad matriks) takleh masuk exam. 2 minggu terakhir sebelum exam, kami dah mula berkurung.
Di kalangan kami ada yang buat study group, ada yang dah mula bertapa tak keluar bilik. Keluar bilik hanya untuk ke tandas, ke dapur dan masjid jer. Ada yang hanya makan roti eish menjelang peperiksaan. Hanya bertemankan roti eish dan murabba (jem), cheese, daging lensyun dan macam2. Kalau memasak, kena amik masa yang lama. So ada kalangan kami yang bila masuk musim exam dapurnya akan bersih. Hanya sesekali menjerang air nak minum jer. Sampaikan ada yang turun berat badan bila musim exam. Ada yang dah mula tak senyum. Tengok orang semacam jer. Masa ni dah nafsi nafsi. Kau kau, aku aku. Dah tak peduli sapa. Kalau gagal kita la yang menanggung. Kalau lulus pun, kita juga yang menghadapinya.
Masa ni juga sesame ahli bayt (housemate) dah jarang berbual panjang. Ada yang jenis study pagi selepas subuh sampai ke maghrib. Ada yang study malam, bila lepas solat subuh akan tidur. Rumah kami sentiasa bercahaya dengan lampu. Orang tu tidur, orang ni bangun. Begitulah suasana kami. Musim sejuk biasanya ambo akan tidur selepas maghrib jam 5 petang. Then bangun sekitar 12 tengah malam. Masa ni adli,zailan dan ahsan dah nak tidur. Biasanya ambo akan berterusan di meja hingga ke zohor. Sekali teringat, rasa macam tak percaya namun itulah suasana kami masa saat gawat tu.
Ambo ni jenis tak suka conteng buku. Biasanya ambo hanya tulis nama dan nama univ atau sekolah jer. Ambo tak minat nak tulis kata kata motivasi, tak minat nak conteng buku. Tapi bila berada di sini, semua teknik kita terpaksa buat. Ada yang ditandakan dengan pen merah, hijau, biru dan hitam mengikut kepentingan dan keutamaan. Segala teknik yang diketahui semuanya kena amalkan. Tak kira samada study smart atau study hard, semuanya kena guna. Jangan studo jer (tido) tak baca buku
Ada juga yang tampal surat dari ibu bapa kat meja membaca. Sebagai motivasi dan pengeras semangat katanya. Ada juga yang tampal gambar kawan2 sekampung atau kawan2 masa sekolah menengah. Tak kurang juga yang jadikan gambar tunang atau isteri sebagai penanda buku. Biasanya yang jenis cinta antara benua (tunang atau isteri berada kat msia) ni camtulah. Macam2 teknik dan cara kami nak hadapi exam
Exam pertama ambo kat sini dalam kemuncak musim sejuk. So dengan selimut tebal, tarbus di kepala, stoking tebal di kaki, itulah peneman kami sambil ditemani segelas minuman panas. Masa ni ambo tak minum teh arab lagi. Tak sedap kononnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan