Jumaat, 11 Jun 2021

Kenangan Kaherah (14)

 

Kenangan Kaherah (14)

 

RAMADAN PERTAMA 1997

Ambo masih ingat detik pengumuman puasa oleh mufti mesir pada masa tu, Sheikh Dr Nasr Farid Wasil. Masa tu ambo sedang menapak di area Abbas Akkad. Kebetulan ambo lalu di sebuah kedai tv. Ada siaran tv terkini dok sebut pasal pengumuman Ramadan. Ambo lihat Arab cukup seronok dan seolah-olah berpesta menyambut Ramadan. Beberapa minggu sebelum Ramadan, ambo dapat lihat fanus (tanglung) dah tergantung di kedai2 dan bangunan. Ada juga khemah didirikan di luar kedai. Khemah tu biasanya akan menjual fanus (tanglung), manisan, kurma, kuih muih dan macam2 lagi. Ambo dapat lihat arab dok buat kanafeh di bawah khemah tu.

 

Kami sambut Ramadan dalam suasana exam. Dalam suasana musim sejuk, exam dan Ramadan. Ketiga2nya datang serentak. Pengalaman baru bagi kami. Masa ni kebanyakan pelajar kita pergi solat tarawih ke masjid yang paling dekat dan terus balik study. Kadang tu ada yang cari masjid yang solat tarawih yang paling cepat. Lepas tarawih terus balik study.

 

Ada juga arab buat Maidah Rahman (tempat berbuka puasa percuma). Ada yang buat di masjid. Ada yang pasang khemah di kawasan lapang, tertulis maidah Rahman. Mereka akan menyediakan hidangan berbuka puasa untuk semua orang. Macam kita taja majlis berbuka puasa kat masjid, terbuka untuk semua. Khabarnya ada maidah Rahman yang ditaja oleh jutawan mesir yang berkerja di luar Mesir seperti di negara2 eropah dan teluk. Ada juga yang sebut maidah tu ditaja hasil kutipan derma dan macam2. Yang pasti ianya percuma dan berlangsung sepanjang Ramadan. Masa tahun pertama, kami berbuka puasa di rumah sewa.  Ambo masih takleh nak makan sangat makanan arab ni kecuali ayam golek dan kabab jer.  

 

Ada juga sahabat2 kita yang jelajah masjid sekitar Nasr City. Bagi pelajar yang mengulang, subjek mereka tak banyak. mereka akan jelajah masjid di sekitar Kaherah. Malam pertama solat di masjid ni, malam kedua solat di masjid lain sehingga naik 2 atau 3 bas untuk sampai ke sesebuah masjid. Kebetulan musim sejuk ni waktu malam agak panjang. Pukul 6 dah isyak dan bas masih ada sampai jam 11 atau 12. Kalau bas dah takder perkhidmatan kerana lewat malam, kami masih buleh guna tremco (van atau mini bus) nak balik ke Nasr City. Kalau susah nak dapat tramco, kami naik teksi. Ada yang sampai ke area Fustat (Mesr al-Qadimah). Ada yang solat kat Masjid Imam Syafie (kat situ ada kubur Imam Shafiey), Masjid Amru (masjid pertama di afrika), masjid besar di Ramses dan Masjid Azhar atau Husayn.

 

Masjid kat sini banyak pilihan. Di bawah tangga bangunan kadang tu ada masjid. Kecil jer dalam 6 atau 8 saf jer. Di celah2 bangunan ada masjid. Kadang dah ada masjid kat sini, seberang jalan masjid tu ada masjid lain. Kedua-duanya buat solat jumaat. So bila tarawih, kami buleh solat jer kat mana mana. Kalau masa azan, serentak kesemua masjid tu berbunyi suara azan.

 

Kalau area Nasr City, ada Masjid Musa. Kat situ ada pensyarah azhar yang jadi imam solat bernama Dr Hakam. Bacaannya panjang dan suara sedap. Ramai student kita solat sini. Kebetulan masjid tu terletak di area penempatan pelajar kita.

 

Ada juga Massjid Libiy yang terletak setentang jalan dengan Taman Negara (Hadiqah Dawliy) Mesir. Masjid yang paling hampir dengan rumah sewa kami dan dekat jer dengan Asrama Kelantan Baramica street. Imam pada masa tu bernama Imam Hassan, pernah bertugas sebagai guru di Indonesia hampir 15 tahun masa zaman Presiden Gamel Abdul Naser dan Soekarno dulu. Beliau masih fasih berbahasa Melayu Indonesia. Masih ingat bila beliau bertanyakan nama ambo, bila ambo jawab, dia sebut kamu masih kecil sambil tertawa. Orangnya peramah dan agak rapat dengan pelajar kita.

 

Di tepi jalan besar, berhampiran dengan kuliah akhawat ialah Masjid Nouriy khattab. Masjid ni terletak kat simpang 4 yang agak sibuk. Ada sesetengah pelajar kita suka solat tarawih kat sini. Adakala Syeikh Azhar, Dr Tantawiy atau Rector azhar, Ahmad Umar Hashim solat kat sini. Kadang tu mereka akan jadi imam, kadang tu mereka akan bagi tazkirah. Tak lama, dalam 5 minit jer.

 

Senior ambo ada sebut, biasanya pada malam 27 Ramadan, Syeikh Jibril akan mengimamkan solat tarawih di Masjid Amru. Ada sesetengah senior kita selalu sebut Jibril turun ke Masjid Amru pada malam 27 Ramadan (Jibril merujuk kepada Sheikh Jibril). Mulanya ambo ingat Jibril tu malaikat jibril. Rupanya nama seorang qari terkenal Mesir.

 

Mengikut pengalaman senior, mereka yang datang ke Masjid Amru pada 27 ramadan, akan berbuka dengan bekalan makanan yang dibawa. Mereka akan cuba untuk sampai awal lagi sebelum waktu berbuka dan dapat masuk ke dalam masjid. Berbuka pun sekadar minum air beberapa teguk dan kurma beberapa biji. Sebab kalau makan atau minum banyak, nanti nak buang air. Bila keluar masjid nak ke tandas, kita takleh nak masuk lagi ke masjid. Masjid Amru pada masa tu terutama hampir isyak akan melimpah keluar. Ambo pernah tengok dalam medsos jemaah tarawih yang bersusun kat luar masjid. Tak tahu la beberapa meter dari masjid, jemaah masih ramai. So untuk mengelakkan ke tandas, mereka hanya berbuka ala kadar. Selepas selesai tarawih, barulah mereka bertebaran mencari makanan berat.

 

Masuk minggu terakhir Ramadan, exam kami dah berakhir. Ambo ambil kesempatan jelajah masjid. Walaupun Ramadan dah nak berakhir, ambo guna kesempatan yang masih tersisa. Antara tarawih yang menjadi kenangan ambo ialah solat tarawih di masjid al-Azhar. Asalnya niat ambo nak buat 8 rakaat jer. Habis 8 rakaat nak keluar cari merpati (hamam mahsyiy) kat Husayn sebelum balik ke Nasr City. Masa tu masjid al-azhar masih direnovate. Sebahagian besar ruangan masjid masih ditutup. So tak ramai makmum yang solat di sini. Ambo lihat makmum dalam 3 saf jer. Rasanya ahli Jemaah untuk satu saf ada la dalam 50 orang. Ambo berada di saf ketiga atau kedua. Ambo tak perasan siapa ahli jemaah di kiri dan kanan ambo. Yang ambo perasan, ahli jemaah kat sini kebanyakkan dah familiar kat sekitar kuliah. Maybe geng pensyarah atau staf ahar univ. Solat kami diimamkan oleh imam rawatib. Malam tu malam 27 ramadan. Biasanya pelajar msia ke Masjid Amru bersolat dengan Syeikh Jibril. Imam baca juzuk 30. Bacaannya takder la laju sangat dan takder la perlahan sangat. Sederhana tapi suaranya menarik. Ambo dok perhati jer bacaan dia. Takder la rasa lama sangat. Bila cukup 4 rakaat solat akan berhenti seketika. Ada ahli Jemaah yang bersolawat dan mengaji al-quran. Sekejap jer. rasanya dalam 3 atau 4 minit imam kembali berdiri. Ambo sebenarnya niat nak solat 8 jer tapi entah kenapa rasa tak jadi. Ambo tengok takder seorang pon ahli jemaah yang keluar. Semuanya dok baca quran, berzikir, iktikaf (semuanya dilakukan secara sendirian dan bacaan yang perlahan). Rasa tak tergamak nak keluar. Ambo teruskan rakaat yang seterusnya. Buatlah setakat mampu. Bila kami menyambung solat, entah kenapa rasa nak teruskan sampai sudah. At least ambo nak habiskan tarawih bersama imam. Bila sampai 20 rakaat (dalam (90 mint juga) barulah ambo berundur. Ada juga ahli jemaah yang berundur dan meninggalkan masjid. Selepas tarawih, ambo singgah di kedai merpati bersetentang jalan dengan masjid. Sempat makan hamam mahsyiy kat situ seterusnya balik ke Nasr City. Rasanya itulah pengalaman pertama ambo solat tarawih lama. masa kat msia tak pernah sampai sejam lebih tarawih. Terasa juga nak duduk sebab solat sunat buleh jer duduk, tapi tak tergamak sebab ambo nampak takder ahli jemaah yang duduk walaupun ada yang dah berusia. Malam tu imam baca qunut agak panjang, maybe sebab dah khatam bacaan 30 juzuk kot.

Tiada ulasan: