Sabtu, 22 Jun 2013

Bagaimana Mengetahui Keadilan Perawi



2.4.1 Bagaimana Mengetahui Keadilan Perawi
Jumhur muhaddithin berpendapat bahawa keadilan seseorang perawi dapat diketahui melalui salah satu daripada 2 cara berikut iaitu dengan kemasyhuran perawi dan penilaian yang dilakukan oleh ulama al-jarh wa tacdil.[1]
Seorang perawi yang masyhur di kalangan ahli ilmu seperti Anas bin Malik, Suyfan al-Thauri, Syucbah al-Hajjaj dan sebagainya tidak sukar untuk mesabitkan keadilan mereka. Mereka sememangnya diketahui umum sebagai orang yang adil dan mempunyai sifat-sifat terpuji. Cara ini dikenali sebagai بالشهرة
Satu lagi cara ialah melalui penilaian atau penyaksian yang dilakukan oleh ulama hadis terhadap seseorang perawi yang tidak dikenali tahap keadilannya di kalangan manusia. Jika penyaksian itu dilakukan oleh seorang imam terhadap seorang perawi, ianya sudah mencukupi selagi mana ianya tidak bertentangan dengan pendapat seorang imam yang lain. Jika terdapat pertentangan, tarjih mestilah dilakukan


[1] Mahmud al-Tahan, Usul al-Takhhrij Wa Dirasat al-Asanid, Dar al-Quran al-Karim, t.tmpt., hlm160, Asmawi Ehsan, Ilmu Hadith, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm.128, Ahmad Umar Hashim, Adwa’ Ala Mustalah al-Hadith, Universiti al-Azhar, Kaherah, hlm.54

Tiada ulasan: