Sabtu, 22 Jun 2013

Martabat al-Dabt[



1.4 Martabat al-Dabt[1]
Tahap ketelitian atau al-Dabt bagi seseorang perawi tidak sama. Ada yang berada pada peringkat atau martabat tinggi. Ada juga yang berada dalam peringkat sederhana dan rendah. Ringkasnya ada 3 martabat iaitu:
Peringkat tinggi. Pada peringkat ini, seorang perawi dapat menyampaikan suatu hadis yang didengarnya tanpa sebarang kesalahan.
Peringkat pertengahan. Pada peringkat ini kualiti al-dabt perawi kurang berbanding dengan tahap sebelumnya
Peringkat rendah. Perawi pada peringkat ini mempunyai kualiti yang rendah berbanding dengan 2 tahap di atasnya
Jika sesuatu hadis mempunyai semua syarat untuk menjadikannya sebagai hadis sahih, perawinya pula seorang yang kuat ingatan dan berada pada peringkat pertama dalam martabat al-dabt maka hadis ini berada dalam senarai hadis sahih
Jika suatu hadis mempunyai semua syarat hadis sahih namun dalam syarat dabt perawi, hadis ini mepunyai perawi yang berada dalam senarai prtengahan atau rendah, maka hadis berkenaan dikira tidak cukup syarat untuk menjadi hadis sahih. Hadis ini mungkin berada dalam senarai hadis hasan[2]
Ringkasnya perbezaan tahap dabt perawi ini memberi kesan yang besar terhadap hadis kerana salah satu syarat untuk sesuatu hadis itu menjadi sahih dan boleh dibuat hujjah ialah keadilan dan kekuatan hafalan perawi.


[1] Ahmad Umar Hashim, Adwa’ Ala Mustalah al-Hadith, Universiti al-Azhar, Kaherah, hlm.55, Muhammad bin Muhammad Abu Syuhbah, al-Wasit Fi cUlum Wa Mustalah al-Hadith, cAlam al-Macrifat Li al-Nashr Wa al-Tauzic, t.tmpt., hlm.92

[2] Ahmad Umar Hashim, Adwa’ Ala Mustalah al-Hadith, Universiti al-Azhar, Kaherah, hlm.55, Muhammad bin Muhammad Abu Syuhbah, al-Wasit Fi cUlum Wa Mustalah al-Hadith, cAlam al-Macrifat Li al-Nashr Wa al-Tauzic, t.tmpt., hlm.92


Tiada ulasan: