2.4 Memahami Asbab Wurud Hadis (Sebab Berlakunya Hadis)[1]
Kita juga harus melihat kepada sebab-sebab
khusus atau cillah kenapa
berlakunya hadis berkenaan. Ia dikenali sebagai asbab wurud al-hadis
Para ulama telah menjelaskan bahawa hadis
dibina untuk menjaga maslahat tertentu pada masa tertentu, atau untuk menolak
mudarat tertentu atau mengubati masalah tertentu pada waktu tersebut
Ini bermakna bahawa hukum yang dibina oleh
hadis ini pada mulanya kelihatan umum dan bersifat kekal. Namun setelah
dilakukan penelitian dan perincian, ianya mempunyai cillah.
Hukum ini boleh hilang disebabkan hilang atau tiada lagi cillahnya dan boleh juga kekal disebabkan cillahnya
Para ulama juga telah menjelaskan bahawa
mengetahui Asbab Wurud Al-Hadith juga
penting sebagaimana kita mengetahui Asbab
Nuzul Quran. Ianya cukup penting supaya tidak berlaku sebagaimana yang
telah berlaku kepada pelampau-pelampau Khawarij dan yang lain-lainnya yang
mengambil ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan kepada orang-orang Musyrikin
kemudian menggunakan ayat-ayat ini ke atas orang-orang Muslimin. Ibn Umar
menganggap mereka adalah seburuk-buruk makhluk Allah SWT kerana perbuatan
mereka yang menyeleweng daripada kitab Allah SWT
Contohnya
hadis riwayat Bukhari dan Muslim berkenaan perempuan yang bermusafir seorang
diri. Rasulullah SAW bersabda
لا تسافر امرأة إلا ومعها محرم
(Seseorang
perempuan tidak boleh musafir melainkan beserta dengan mahramnya)
cIllah tegahan
ini ialah kerana bimbang keselamatan wanita yang bermusafir sendirian tanpa
ditemani oleh mahramnya lantaran ketika itu musafirnya dengan menaiki unta atau
keldai dan merentasi padang pasir yang luas.
Keadaan
ini cukup berbeza pada masa sekarang. Cara atau alat pengangkutan sudah berubah
dengan bas atau kapal terbang menjadi alat pengangkutan utama. Para
penumpangnya mungkin berpuluh orang, bahkan mungkin mencapai ratusan orang
penumpang. Pada waktu ini, perempuan tidak lagi bermusafir seorang diri seperti
hadis Rasulullah SAW
يوشك أن تخرج الظعينة من الحيرة تقدم البيت (الكعبة)
لا زوج معها
(Akan
tiba waktunya apabila seorang wanita yang bersuami keluar dari Al-Hirah menuju
Kaabah dengan tidak diiringi suaminya)
Terdapat juga para ulama yang mengharuskan perempuan mengerjakan
haji tanpa ditemani suami atau mahram jika terdapat pengiring yang terdiri
daripada perempuan-perempuan yang dipercayai atau sahabat yang amanah dan
dipercayai. Bahkan Aisyah dan isteri-isteri Nabi yang lain pernah mengerjakan haji
pada zaman pemerintahan Umar. Mereka tidak ditemani oleh mahram dan lelaki yang
mengiringi mereka dalah Uthman bin Affan dan Abdul Rahman bin Auf. Ada juga
ulama yang mengatakan cukuplah pengiring itu merupakan seorang wanita yang
dipercayai. Sebahagian lagi mengatakan boleh musafir seorang diri jika aman.
2.4.1 Metodologi Sahabat Dan Tabiin Tentang cillah
Sebenarnya para sahabat dan tabiin telah memberi perhatian yang
istimewa kepada cillah
hukum. Mereka telah meninggalkan beramal dengan zahir sesetengah hadis ketika
telah jelas kepada mereka bahawa hadis berkenaan merawat sesetengah isu pada
zaman tertentu dan kemudian suasana sudah berubah.
Di antaranya kisah Rasulullah SAW membahagikan tamar Khaibar kepada
pejuang Islam yang membuka Khaibar. Begitu juga tindakan Khalifah Umar yang
tidak membahagikan tanah pertanian di Iraq sebaliknya membiarkan tanah tersebut
berada di tangan tuan-tuan asal mereka. Namun mereka diwajibkan membayar kharaj.
Dalam masalah ini Ibn Qudamah berkata bahawa Rasulullah SAW telah
membahagikan tamar Khaibar pada permulaan Islam dalam keadaan keperluan
kepadanya amat tinggi. Itulah maslahat pada zaman itu. Kemudian telah nyata
bahawa maslahat pada zaman selepas mereka ialah dengan cara yang berbeza, maka
itulah yang wajib[1]
[1]
Al-Qaradawiy, Yusuf, al-Madkhal Li
Dirasat al-Sunnah al-Nabawiyyah, Muassasah al-Risalah, Beirut, Lubnan,
hlm.165-166
[1] Al-Qardawi,
Yusuf, al-Madkhal Li Dirasat al-Sunnah al-Nabawiyyah, Muassasah
al-Risalah, Beirut-Lebanon, hlm, http://ersal.lightbb.com/t20-topic
Tiada ulasan:
Catat Ulasan