1.3 Pembahagian al-Dabt
Ulama membahagikan al-Dabt
kepada dua bahagian iaitu dabt al-sudur
(hafalan) dan dabt al-kitab (tulisan)[1]
1.3.1 Dabt al-Sudur (Hafalan).
Seseorang perawi mendengar dan
sekira-kira perawi tersebut mampu untuk memceritakan atau menyebutnya kembali
apabila perlu tanpa terdapat sebarang keraguan atau lupa
Ahmad Umar
Hashim, bekas Rektor Universiti al-Azhar pula menakrifkan hafalan perawi
sebagai suatu keadaan di mana seorang perawi dapat menghafal hadis yang
didengarnya, hafalan itu kemudiannya melekat dan mantap di ingatannya sehingga
dia mampu untuk menyebut atau meluahkan kembali hadis yang dihafalnya itu
apabila diminta bila-bila masa[2]
Bahawa dia
menghafal apa yang didengar di ingatannya dan mampu untuk membacanya atau
menyampaikannya kembali hadis berkenaan dengan tepat pada bila-bila masa,
dengan ketepatan lafaz jika dia menyampaikannya dengan cara memenuhi kesemua
syarat riwayat dengan makna jika dia m
1.3.2 Dabt al-Kitab (Tulisan)
Dabt al-kitab bermaksud tepat dalam mencatat hadis yang diperoleh
daripada gurunya dalam semua aspek[3]
Seorang perawi menjaga tulisannya daripada sebarang
kesilapan atau kesalahan pada masa menulis atau mendengarnya sehinggalah ke
suatu masa dia menyampaikannya kepada orang lain dengan tiada sebarang
kecacatan semasa penyampaiannya. Takrifan ini mengeluarkan seorang perawi yang pelupa
dan banyak kesalahannya[4]
Seorang perawi menjaga penulisannya sejak dari mula
waktu dia menulis sehinggalah waktu dia menyampaikannya sekira-kira tulisannya
itu bebas daripada sebarang perubahan, sebarang tambahan atau kekurangan dan
apabila dia meminjamkan tulisannya itu kepada orang lain, mestilah kepada orang
yang beriman[5]
Riwayat hadis dengan cara hafalan dan ingatan
diterima oleh para ulama secara sepakat. Sementara dabt kitabah, sesetengah
ulama besar seperti Imam Abu Hanifah menolaknya
[1] http://www.sunnah.org.sa/ar/sunnah-sciences/hadith-terminology/838-2010-08-07-21-27-19,
Muhammad bin Muhammad Abu Syuhbah, al-Wasit Fi cUlum Wa Mustalah
al-Hadith, cAlam al-Macrifat Li al-Nashr Wa al-Tauzic,
t.tmpt., hlm.89-90,
[2] Ahmad
Umar Hashim, Adwa’ Ala Mustalah al-Hadith,
Universiti al-Azhar, Kaherah, hlm.54
[3] Asmawi
Ehsan, Ilmu Hadith, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, Kuala Lumpur, hlm.87
[4] Ahmad
Umar Hashim, Adwa’ Ala Mustalah al-Hadith,
Universiti al-Azhar, Kaherah, hlm.55
[5]
Muhammad bin Muhammad Abu Syuhbah, al-Wasit Fi cUlum Wa Mustalah
al-Hadith, cAlam al-Macrifat Li al-Nashr Wa al-Tauzic,
t.tmpt., hlm.92
Tiada ulasan:
Catat Ulasan