2.4.2
Sifat-Sifat Yang Menjejaskan Keadilan Perawi[1]
Jika seseorang
perawi memiliki salah satu daripada sifat-sifat ini maka ianya sudah cukup
untuk meletakkan hadis riwayatnya sebagai lemah. Sifat-sifat tersebut ialah:
1)
Berdusta
Berdusta
merupakan sifat buruk yang paling berat yang mencacatkan keadilan perawi.
Pendustaan yang dilakukan oleh perawi samada melibatkan pendustaan dalam
periwayatan hadis atau seorang perawi itu memang dikenali dalam masyarakat
sebagai pendusta. Jika sifat dan amalan ini wujud pada seorang perawi maka
hadis yang diriwayakannya termasuk dalam kategori hadis mauduk. Ianya tertolak
2)
Dituduh berdusta
Sifat
ini hampir sama dengan sifat berdusta. Apa yang membezakannya ialah perawi
dalam kategori berdusta dikenali ramai sebagai pendusta. Sementara perawi yang
dituduh berdusta atau disyaki berdusta melakukan perbuatan dusta sekali sekala
atau perbuatan dustanya tidak begitu diketahui orang ramai. Jika sifat ini
benar-benar wujud pada perawi, maka hadisnya dikategorikan sebagai hadis
matruk.
3)
Fasiq yang tidak sampai ke peringkat kafir.
Secara
mudahnya, Orang fasiq ialah orang yang melakukan dosa dan tidak jujur dalam
amal ibadatnya. Mungkin dia solat namun sekali sekala sahaja. Walau bagai
manapun dia tetap mengakui kewajipan solat.dan hukum-hukum yang lain. Perawi
yang fasiq mengakibatkan hadisnya termasuk dalam kategori hadis munkar
4) al-Jahalah
Al-jahalah ialah perawi yang tidak
diketahui identitinya sebagai seorang perawi di kalangan ulama hadis atau
perawi hadis. Dia tidak dikenali dari aspek identitinya dan dari segi keadaan
hidupnya. Hadis yang mempunyai perawi yang terdapat sifat al-jahalah dikategorikan
sebagai hadis mubham atau mastur
5)
al-Bidaah
Bidaah
ialah melakukan sesuatu ibadat yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW
atau melakukan amalan yang tercela dan bertentangan dengan syariat samada
melibatkan akidah atau ibadat. Hadis yang diriwayatkan oleh perawi bidaah
dikategorikan sebagai hadis munkar
[1] Asmawi
Ehsan, Ilmu Hadith, Dewan Bahasa Dan
Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. Amru Abdul Muncim Salim, Taysir Dirasat al-Asanid Lilmubtadi’in, Dar al-Diya’, Tanta, 2000
Tiada ulasan:
Catat Ulasan