PENUTUP
Apabila
ditelusuri sejarah pembukuan dan perkembangan ilmu hadis, kita akan dapati
bahawa ilmu ini merupakan suatu ilmu yang cukup unik. Kita dapat melihat
kesungguhan dan ketelitian para ulama menjaga dan meletakkan syarat-syarat
untuk memastikan suatu hadis benar-benar datang daripada Rasulullah SAW. Mereka
juga telah memperkenalkan pelbagai istilah dalam ilmu ini seperti dabt, thiqah
dan sebagainya
Dabt
merupakan kekuatan hafalan dan ketelitian tulisan para perawi untuk menjaga
sesuatu hadis daripada sebarang perubahan dan sebagainya. Ia berkait rapat
dengan keadilan perawi. Kesemua sifat dan kriteria tentang dabt dan
keadilan perawi ini mewujudkan thiqah, suatu tahap perawi yang
dipercayai (ada khilaf).
Selain
itu, terdapat 3 lagi syarat untuk menerima sesuatu hadis iaitu sanad yang
bersambung, tiada kejanggalan dan tiada kecacatan. Sememangnya apabila kita mengkaji
dan belajar ilmu hadis, kita akan dapat merasi iltizam yang kuat dan
kesungguhan yang luar biasa para ulama untuk memisahkan hadis sahih dan daif.
Semoga usaha mereka semua sentiasa mendapat keberkatan dariNYA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan