2.2 Menghimpunkan
Kesemua Hadis Yang Berkaitan Di Bawah Satu Tajuk[1]
Hadis-hadis
yang berkaitan mestilah dihimpunkan dan diletakkan di bawah satu tajuk.
Kemudiannya Hadis-hadis yang mutasyabih hendaklah dirujuk mengikut
maksud hadis-hadis yang muhkam. Hadis-hadis yang mutlak hendaklah
dihubungkan dengan hadis-hadis yang muqayyad. Hadis-hadis yang umum
hendaklah ditafsirkan dengan hadis-hadis yang khusus. Dengan demikian, akan
jelaslah maksud hadis-hadis tersebut dan tidak bercanggah sesamanya.[2]
Contohnya
hadis berkenaan dengan isbal iaitu melabuhkan pakaian ke bawah melebihi
buku lali. Antara contoh-contoh hadis tersebut adalah;
1) Daripada
Abu Zar katanya Rasulullah SAW bersabda
ثلاثة لا يكلمهم
الله يوم القيامة: المنان الذي لا يعطى شيئا يئا يئا إلا منة والمنفق سلعته والحلف
الكاذب
(Ada
tiga golongan yang Allah SWT tidak akan berkata-kata dengan mereka pada hari
kiamat iaitu orang yang mengungkit-ungkit pemberiannya, orang yang bersumpah
palsu untuk melariskan barang-barang jualannya dan orang yang melabuhkan
pakaiannya melebihi buku lali.-Riwayat Muslim)
2) Daripada
Abu Hurairah katanya Rasulullah SAW bersabda
ما أسفل من الكعبين من الما أسفل من الكعبين من
الإزار فهو فى النار
(Orang
yang melabuhkan pakaian hingga ke bawah dua buku lali berada di dalam neraka.-
Riwayat Al-Bukhari)
3) Rasulullah
SAW bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Nasa’i
ما تحت
الكعبين من الإزار ففى النار
(Orang
yang melabuhkan pakaian hingga di bawah dua buku lali adalah di dalam neraka)
4) Daripada
Abu Hurairah katanya Rasulullah SAW bersabda:
لا ينظر الله من جر إزاره بطرا
(Allah
tidak melihat kepada orang yang mengheret pakaiannya dengan bermegah-megah-
Riwayat Al-Bukhari)
5) Daripada
Abdullah ibn Umar katanya Rasulullah SAW bersabda (Sesiapa yang mengheret
pakaiannya dengan bermegah-megah, Allah tidak akan melihatnya pada hari kiamat.
Abu Bakar bertanya, “Wahai Rasulullah, salah satu daripada tepi kainku labuh
kecuali aku terpaksa menjaganya.” Nabi SAW menjawab: Engkau bukan daripada
orang yang melakukan untuk bermegah-megah.”Riwayat Al-Bukhari)
Dan
banyak lagi contoh-contoh hadis yang berkaitan dengan isbal ini.
Dalam
menjelaskan hadis-hadis ini, Imam An-Nawawi menjelaskan bahawa hadis-hadis yang
umum tentang masalah ini hendaklah dikhususkan dengan hadis-hadis yang ada
kaitannya dengan bermegah-megah. Oleh itu, maksud tegahan di dalam hadis ini
ialah bagi orang yang mengheret-heret pakaiannya dengan bermegah-megah. Oleh
itu Rasulullah SAW mengharuskan Abu Bakar kerana Abu Bakr mengheret pakaian
tidak kerana bermegah-megah
Syeikh
Yusuf Al-Qardawi menjelaskan di dalam kitabnya bahawa orang yang hendak
memendekkan pakaiannya bertujuan kerana menikut sunnah, menjauhi sikap
bermegah-megah, menjauhi khilaf ulamak, dan hendak berpegang dengan yang lebih
utama, akan mendapat pahala dengan syarat dia tidak memaksa orang lain beruat
demikian.[3]
Kesimpulannya ialah tidak haram jika kita melabuhkan pakaian bukan
disebabkan ingin bermegah-megah. Apa yang dimaksudkan dalam hadis-hadis
berkaitan adalah haram melabuhkan pakaian dengan tujuan bermegah-megah dan
balasannya adalah neraka Allah SWT
[1] Al-Qardawi,
Yusuf, al-Madkhal Li Dirasat al-Sunnah al-Nabawiyyah, Muassasah
al-Risalah, Beirut-Lebanon, hlm135, http://www.bouizeri.net/arab/index.php?option=com_content&view=article&id=67:2010-11-16-20-08-43&catid=5:2010-11-14-18-45-51&Itemid=3,
http://istiqama.net/articles/how-to-deal-with-sunna.htm
[2]
http://bro2009.blogspot.com/2011/01/kuliah-masaf-10-bagaimana-berinteraksi.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan