3.2 Mempunyai Sanad Yang Bersambung[1]
Hadis
sahih mesti mempunyai sanad yang bersambung sejak perawi pertama sehinggalah
perawi yang terakhir. Oleh itu, hadis sahih mestilah mempunyai sanad yang
bersambung dengan tidak ada seorang pun di kalangan perawi yang meriwayatkan
hadis berkenaan gugur daripada keadaan sebenar. Apa yang dimaksudkan dengan
gugur ialah salah seorang atau lebih daripada perawi hadis tersebut dianggap
tidak sah berada dalam senarai perawi hadis kerana terbukti dia tidak
meriwayatkan hadis daripada gurunya itu dan tidak pernah hidup sezaman
dengannya
Cara periwayatan di antara perawi dan gurunya itu juga perlu diteliti.
Contohnya seorang perawi dikatakan menerima hadis tersebut dengan cara
mendengar daripada seorang gurunya di sesuau tempat atau negeri. Apabila
diteliti dari sudut sejarah, didapati bahawa guru tersebut sebenarnya tidak
pernah menjejakkan kaki ke tempat yang dinyatakan oleh perawi itu. Justeru itu,
sanad yang diriwayatkan tersebut putus disebabkan cara periwayatan yang putus
sanad dan ia tidak diterima. Terdapat 3 faktor perkara kenapa sanad menjadi
penting.[2]
1)
faktor
sejarah
Sejarah periwayatan hadis pada zaman Rasulullah SAW dahulu mencatatkan
bahawa seseorang penerima dengan penyampai akan menerima berita dengan cara
bertemu. Oleh itu sebarang penceritaan yang disandarkan kepada diri Rasulullah
SAW hendaklah juga diwajibkan bersambung sanadnya.
2) Sabda nabi
SAW:
(kamu sekalian telah mendengar hadis daripadaku, orang akan mendengar
daripada kamu dan orang lain akan mendengar daripada orang yang telah mendengar
daripada kamu). Hadis ini menyebut bahawa pencerita dan periwayat saling
bertemu antara satu sama lain untuk diakui sah riwayatnya
3)
Logik akal
Sebarang penceritaan atau periwayatan hadis daripada Rasulullah SAW
memerlukan sanad yang bersambung. Ini kerana sebarang berita jika disampaikan
kepada orang lain, penerima pasti akan bertanya dari manakah si penyampai
berita itu mendapat berita tersebut. Jika dia menerima berita daripada orang
yang dikira logik dan sesuai, barulah berita yang disampaikan itu dapat
diterima. Walau bagaimanapun berita itu belum pasti dapat dipercayai melainkan
setelah disahkan dengan cerita atau berita lain. Jika kesemua cerita itu sama,
riwayat itu dapat diterima dan diyakini setelah melihat orang yang meriwayat
berita itu. Atas dasar inilah maka sanad yang bersambung itu penting dan perlu
diwujudkan dalam menentukan kesahihan sesuatu hadis Rasulullah SAW.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan