BAB II
CARA-CARA
BERAMAL DENGAN SUNNAH
2.1 Memahami
Sunnah Menurut Perspektif al-Quran[1]
Syeikh
al-Qaradawi menegaskan bahawa kita hendaklah memahami sunnah menurut garis
panduan al-Quran kerana al-Quran ialah asas binaan yang paling utama. Kesemua
perkara lain seperti sunnah, ijmak dan sebagainya mestilah dibina berasaskan
al-Quran. Oleh sebab itu sunnah mestilah difahami dalam kerangka al-Quran.
Tidak mungkin sunnah yang menjadi penjelas kepada al-Quran akan bertentangan
dengan al-Quran itu sendiri. Tidak mungkin bagi sesuatu cabang akan menjadi
bertentangan dengan induknya sendiri. Penerangan yang dibawa oleh Rasulullah
SAW SAW akan berputar di sekitar pengajaran al-Quran, sama sekali tidak akan
menyalahinya
Kita
juga tidak akan dapati suatu sunnah yang sahih yang bertengan dengan al-Quran
yang muhkamat lagi jelas. Apabila kita mendapati wujudnya keadaan yang
sedemikian pada zahirnya, ada 3 kemungkinan:
1) sunnah itu termasuk dalam kategori yang tidak sahih
2) pemahaman kita terhadapnya yang tidak betul
3) pertengan itu bukanlah pertentangan yang sebenar
bahkan suatu pertentangan yang wahm
(samar-samar)
Contohnya
ialah dalam masalah hadis yang mengatakan bahawa bapa Rasulullah SAW dimasukkan
ke dalam neraka. Muslim meriwayatkan daripada Anas bahawa Rasulullah SAW SAW
menjawab pertanyaan daripada seseorang yang bertanya tentang nasib bapanya:
إن أبي
وأباك في النار
(
sesungguhnya bapaku dan bapamu berada di dalam neraka).
Hadis
ini diriwayatkan oleh Muslim di dalam kitab al-Iman bernombor 347.
Tegas
Qardawi apakah dosa Abbdullah bin Abdul Muttalib sehingga beliau dimasukkan di
dalam neraka sedang beliau termasuk di dalam ahli fitrah? Qaradawi juga
mengatakan bahawa berkemungkinan besar apa yang dimaksudkan dengan perkataan ( أبي ) ialah bapa saudaranya iaitu Abu Talib yang
menjaga dan memeliharanya namun dia tetap tidak memeluk islam. Perkataan ini
biasa digunakan di dalam bahasa dan al-Quran merujuk kepada bapa saudara.
Timbul
juga pertanyaan di sekitar lelaki yang
bertanya, apakah dosa yang dilakukan oleh bapa lelaki si penanya berkenaan
sehingga dia dimasukkan ke dalam neraka sedangkan bapanya juga merupakan ahli
fitrah yang meninggal sebelum islam?
Qaradawi
juga telah menyebut penolakan hadis ini oleh Syeikh Muhammad al-Ghazali kerana
menurut Syeikh Ghazali, ianya bertentangan dengan ayat-ayat al-Quran yang
menafikan seksaan azab bagi mereka yang belum sampai dakwah sedangkan tiada
rasul untuk orang arab sebelum kedatangan Muhammad SAW. Hal ini juga telah
dijelaskan oleh al-Quran:
وما كنا معذبين حتى نبعث رسولا
(Dan
tiadalah kami mengazabkan sesiapa pun sebelum kami mengutuskan seorang rasul
untuk menerangkan yang benar dan yang salah)[2]
ولو أنا أهلكناكم بعذاب من قبله لقالوا ربنا لو لا
أرسلت إلينا رسولا فنتبع آياتك من قبل أن نذل ونحزى[3]
(Dan
sekiranya kami binasakan mereka dengan sesuatu azab sebelum datangnya rasul
kami membawa al-Quran ini, tentulah mereka akan berkata pada hari kiamat,
“Wahai tuhan kami! Mengapa engkau tidak mengutuskan kepada kami seorang rasul
supaya kami menurut ayat-ayat keteranganMu yang dibawanya, sebelum kami menjadi
hina dengan azab di dunia dan mendapat malu dengan azab akhirat”.)
أن تقولوا ما جاءنا من بشير ولا نذير فقد جاءكم بشير
ونذير[4]
(…supaya
kamu tidak berdalih dengan berkata pada hari kiamat,”tidak datang kepada kami
seorang rasul pun pembawa berita gembira dan juga pembawqa amaran yang
mengingatkan kami kerana ssesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul
pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran..)
Justeru itu, Qaradawi mengambil pendirian untuk bertawaqquf
terhadap masalah ini. Beliau tidak menolak hadis ini secara keseluruhannya
kerana ianya sahih dan sabit.
[1] Al-Qardawi,
Yusuf, al-Madkhal Li Dirasat al-Sunnah al-Nabawiyyah, Muassasah
al-Risalah, Beirut-Lebanon, hlm123, http://www.bouizeri.net/arab/index.php?option=com_content&view=article&id=67:2010-11-16-20-08-43&catid=5:2010-11-14-18-45-51&Itemid=3,
http://istiqama.net/articles/how-to-deal-with-sunna.htm
[2] Al-Isra’, 15.
Kesemua terjemahan ayat al-Quran di dalam kertas kerja ini berdasarkan Tafsir
Pimpinan al-Rahman
[3] Taha, 134
[4] Al-Maidah 19
Tiada ulasan:
Catat Ulasan