Sabtu, 22 Jun 2013

Tiada Kecacatan (cillat)



3.3 Tiada Kecacatan (cillat)[1]
Imam Nawawi menerangkan bahawa cillat atau kecacatan dalam ilmu hadis ialah sebab-sebab yang tersebunyi yang menyebabkan kerosakan makna dan juga kualiti hadis tersebut. Kecacatan ini boleh menyebabkan hadis yang bertaraf sahih bertukar menjadi daif. Justeru itu, sesuatu hadis mestilah tidak mempunyai sebarang cillat samada pada matan atau sanadnya yang boleh menggugurkan statusnya sebagai hadis yang sahih

Sesuatu hadis mungkin pada mulanya dianggap sahih sehinggalah apabila disemak dan diteliti oleh para ulama yang arif dan dapat mengesan kecacatan yang ada padanya. Proses pengesanan ini bukanlah suatu proses yang mudah kerana pada mulanya hadis itu jika dilihat sepintas lalu tidak mempunyai sebarang kelemahan.

al-Hakim al-Nasyaburi berpendapat bahawa apa yang paling penting dalam menilai kecacatan hadis, ia hanya boleh dilakukan oleh orang yang amat kuat hafalannya serta mempunyai pengetahuan dan pemahaman yang luas berkenaan hadis. Sebahagian ulama lain pula berpendapat bahawaorang yang mampu mengesan kecacatan dalam hadis ialah orang yang cukup cerdas akalnya, banyak hafalananya dan amat mendalam ilmunya berkenaan tentang peringkat ketetapatan riwayat (dabit) serta pakar dalam bidang sanad dan matan.[2]

Ali al-Madini dan al-khatib al-Baghdadi pula mengatakan bahawa untuk mengesan kecacatan dalam hadis, perlulah terlebih dahulu mengumpulkan semua hadis yang membicarakan sesuatu perkada yang sama terutama yang bersangkuatan dengan tawabi dan syawahid. Sesudah itu barulah kecacatan dapat dikesan.[3]


[1] Ahmad Muhammad Syakir, al-Bacith al-Hanith Syarah Ikhtisar Ulum al-Hadith Li al-Hafiz Ibn Kathir, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut-Lubnan, t.thn., hlm.19, Ahmad Umar Hashim, Adwa’ Ala Mustalah al-Hadith, Universiti al-Azhar, Kaherah, hlm53-60

[2] Asmawi Ehsan, Ilmu Hadith, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm105-106

[3] Ibid

Tiada ulasan: