Sabtu, 26 Jun 2021

Kenangan Kaherah (20)

 

Kenangan Kaherah (20)

 

IMARAH & SHAQAH

Rumah sewa kami kat kaherah ni bentuk rumah flat. Bangunan tu disebut Imarah dan rumah disebut shaqah@shaah,di sebut sha ah ikut dialek Mesir. Purata sewa di Kaherah masa tu ialah 400 pound lebih. Biasanya kami tinggal sebilik 2 atau 3 orang bergantung kepada luas bilik. Jarang dapat duduk sebilik seorang kat kaherah ni untuk harga sekitar tu. Shaqah tu dah lengkap dengan keperluan asas macam katil, peti sejuk, dapur gas, mesin basuh dan kerusi sofa (ada shaqah yang takder benda tu). Katil agak penting kat sini sebab kalau musim sejuk, tidur tak berkatil ni boleh sakit belakang dan sesak nafas. Kalau takder katil, kami boleh sewa katil dari persatuan pelajar, ada kadar sewa tahunan yang cukup murah. Ambo biasa letakkan meja sebelah katil ambo siap dengan lampu kecil untuk membaca. Kiranya membaca sambil duduk di katil. Kalau musim sejuk tu, sambil dibalut selimut tebal dan segelas teh panas

 

Senior ambo, Adli dan Zailan pernah cerita masa masuk rumah ni dulu, takder tong gas (unbubah). So kena beli unbubah baru. Masalahnya orang asing bukan Mesir tak boleh nak beli unbubah. Mereka terpaksa minta bantuan tuan rumah untuk membelinya. So beli unbubah tu kiranya pakai nama tuan rumah. Kami tak tahu kenapa undang2 mesir masa tu tak boleh beli unbubah untuk orang asing. Harga setiap kali nak tukar unbubah tu dalam 5 pound jer. agak murah. Kalau tong jenis besar dalam 7.50 pound. Ada juga shaqah yang ada saluran paip gas. Kalau kat msia ni, macam saluran air paip. Rumah sebegitu ada saluran paip untuk air dan saluran paip gas.

 

Kalau shaqah kat tingkat bawah, harga sewanya lebih murah daripada tingkat lebih tinggi (tak semestinya). Kalau dok tingkat bawah macam groundfloor ni masalahnya kadang tu berlaku kejadian pecah rumah. Jendela selalu kena pastikan berkunci jika nak tinggal ke mana-mana terutama rumah sewa akhawat. Kalau kat tingkat atas tu biasanya kalau musim panas tekanan air agak perlahan. Zohor atau asar tu kadang takder air kerana tekanan rendah. Kena sediakan air simpanan dalam tab mandi atau botol-botol air mineral yang penuh di sekeliling bilik air.

 

Ada yang jenis 2 bilik. Ada yang 3 bilik. Biasanya shaqah 3 bilik ni sesuai untuk keluarga dan kadar sewanya agak mahal sikit. Ada jenis shaqah masuk jer jumpa dapur. Ada bentuk shaqah yang dapur kat tengah bangunan. Biasanya ada balkoni, samada kat depan atau belakang.

 

Imarah kat mesir ni agak sensitive dengan air bertakung. Maybe bahan binaannya banyak kapur atau bahan lain. Justeru itu, bilik air atau tandas mesti kering lepas digunakan. Takleh ada air bertakung nanti air tu akan meresap dan menitik ke shaqah bawah. Pernah juga kawan kami kat muahafazah tengok arab tempatan bila jer hujan, mereka akan naik ke sutuh (bahagian atas bangunan) lalu menolak air dengan penolak ke dalam saluran air supaya tak bertakung. Ada juga yang meletak daun kering (macam jerami) masa hujan. Kemudian daun yang dah meresap air tu akan dibuang. Kat sini jarang hujan, maybe itu sebabnya bangunan mereka tidak bersedia menerima jumlah air yang seperti kat msia. Longkang atau parit besar juga tiada. Mereka ada saluran air bawah tanah (baluuah). So kalau hujan atau ada arab basuh kereta, air tu akan mengalir kat atas jalan camtu jer.

 

Shaqah pertama ambo kat Baramica Street tu ada 2 bilik. Masuk pintu depan pusing kiri ada bilik untuk zailan dan ahsan. Sebelah bilik mereka ada ruang keluarga, senior lama dah siap gantung karpet nipis buat dinding. Kat situlah bilik ambo. Ada beranda kat depan bilik. Kat situlah kami sidai baju. Sebelah bilik ambo ada ruang tamu, tempat medan perbicangan dengan pelbagai bab samada untuk study group atau sembang biasa. Kalau masuk pintu dan terus ke kanan akan menuju ke dapur, bersebelahan dapur ialah bilik air dan di hujung ialah bilik Adli dan Syed hamid. Ada beranda kat belakang. Kami jarang sembang di beranda belakang sebab setentang beranda belakang tu ada beranda rumah orang lain. So agak tak manis kalau kami dok beranda belakang lama2, nanti dituduh kami nak intai anak dara orang pula. Biasanya kalau ada yang merokok akan duduk di beranda depan, ada dahan pokok yang melindungi kami daripada pandangan pejalan kami dan jiran kat depan.

 

Seingat ambo, ada sebiji rumah jenis banglo di Hayyu Sabik (seventh district) yang lengkap ada pengawal keselamatan dan kamera CCTV. Tak tahulah siapa pemiliknya. Ada yang sebut rumah tu milik bekas jurulatih bolasepak Mesir. Entahla betul ker tak.

 

Ada macam2 karenah tuan rumah yang kami hadapi. Ada tuan rumah jenis tak suka tetamu ramai. Dia tak suka kalau Imarahnya selalu menerima tetamu yang keluar masuk. Katanya mengundang curiga pihak berkuasa. Tak tahulah betul atau tidak, yang pasti tetamu tu semuanya pelajar kita orang Malaysia. Ada juga sesekali kami menjemput pelajar sekuliah dari arab luar Mesir macam Syria, geng afrika, turki, asia tenggara dan selainnya. Kekadang bila tuan rumah tak suka tetamu yang selalu berkunjung datang, dibuatnya alasan tangga penuh dengan pasir dan debu. Biasa la rumah orang, tempat orang. Kena banyak sabar. Masa tahun pertama tu rumah sewa kami paling dekat dengan asrama Kelantan (kami panggil RKB, Rumah Kelantan Baru), so kami selalu menerima tetamu.

 

Ada juga tuan rumah jenis sensitif dengan bunyi bising, kalau ada bunyi bising seperti sorakan bola atau bunyi orang masih dok sembang larut malam tu dia tak suka. (bab sorakan bola ni ada pengecualian jika pasukan Mesir atau Ahliy jaringkan gol). Geng bujang macam kami ni kekadang ada jenis study sampai larut malam. Musim sejuk malamnya panjang dan sunyi. So kalau bercakap dengan suara terangkat kekadang bunyinya agak kuat. Begitu juga musim panas. Waktu malam agak singkat tapi bahangnya kadang tu masih terasa. Dinding rumah tu (simen berkapur) terasa meruap waktu malam. Bayangkan nak tidur waktu malam dengan suhu masih 30c tu berasap jer rasa. Kalau dah camtu sekali panas, jawabnya lepas subuh la kami tidur. So malam musim panas (cuti panjang) biasanya diisi dengan pelbagai aktiviti. Ada yang membaca bacaan luar. Ada yang sembang2. Ada yang jadi gamers tapi masa ni era final fantasy, starcratt, diablo2, Fifa jer. So sound masa gaming tu kena slow takut ganggu jiran.

Ada juga yang memasak waktu malam, so kami akan tumbuk sambal atau apa apa guna lesung, bunyinya macam bergegar seluruh bangunan. Dung dang dung dang, sekejap bunyi loceng pintu rumah. Biasanya tuan rumah turun tanya kamu tak nak tidur ker, tahulah kamu cuti tapi aku kerja. So kami minta maaf dan kena berhenti tumbuk sambal atau apa apa. Oleh kerana tak boleh guna lesung, kekadang kami genyeh jer lada tu kat mana mana sampai nak hancur. Kalau genyeh dengan besi, rasa ngilu lak gigi. Nak buat camana dok tempat orang, kena jaga kot2 ganggu jiran.

 

Ada juga jenis tuan rumah tak suka bau, pernah sesekali pelajar kita dok goreng ikan kering atau pekasam yang dikirim keluarga dari Msia, so kami akan buka tingkap kat dapur. Ada lubang angin kat situ. Bau tu akan naik ke atas. Memang semerbak la. Ada kes tuan rumah dan jiran lain turun ketuk pintu tanya kamu masak apa? Ada yang tanya kamu makan bangkai ker? Ada yang cakap kami tak tahan dengan bau sampai tercekik susah nak bernafas. Biasanya kalau ikan pekasam, ikan kering, sambal belacan, lada kering semua tu boleh menerima bunyi loceng atau ketukan pintu samada dari tuan rumah atau jiran tetangga.

 

Biasanya hampir semua tuan rumah akan alert dengan bayaran sewa bulanan. Tiba jer hujung bulan laju jer datang minta sewa rumah. Ada juga geng kami yang kesempitan wang, nak bayar sewa rumah tak cukup duit. Ada yang berhutang dengan kawan, ada yang berhutang dengan persatuan, ada yang jual barangan peribadi untuk guna duit. Paling akhir jumpa tuan rumah minta tangguh bayaran sewa untuk bahagiannya (biasa kalau kami berempat, maka seperempat tu minta tangguh sebab takder duit). Kalau kat Kaherah ambo tak pernah dengar tuan rumah sanggup menerima penangguhan bayaran sewa rumah. Kalau kat Muhafazah, khabarnya ada tuan rumah sanggup tunggu penangguhan bayaran sewa tapi bukan setiap masa la.

Bab kebajikan ni, persatuan banyak menolong mereka yang tidak berkemampuan samada bagi pinjaman wang dan sebagainya. Kalau yang betul2 tak mampu, diminta untuk tinggal di asrama Malaysia. Ada bayarannya tapi tak banyak. At least tak perlu fikir pasal tuan rumah ketuk pintu minta bayaran sewa. Ada juga kawan2 yang datang daripada keluarga berkemampuan sanggup beri hutang kepada mereka yang kesempitan, sehinggakan jumlah hutang tu buleh buat beli tiket kapalterbang pergi balik Malaysia. Ada yang balik Msia dan berkerja bertahun barulah dapat bayar hutang kepada kawan2 yang berkemampuan tu. Kehidupan dan kebersamaan kami di tempat orang tu menjadikan kami agak akrab.

 

Rabu, 23 Jun 2021

Kenangan Kaherah (19)

 

Kenangan Kaherah (19)

 

PESTA BUKU ANTARABANGSA KAHERAH (PABK)

Ustaz kami masa kat SEMUARA selalu bercerita tentang harga buku yang cukup murah kat Mesir. Beliau juga pernah bercerta tentang pameran buku yang katanya seluas padang bolasepak. Masa tu kami hanya mendengar. Tak dapat kami nak bayangkan padang bola yang penuh dengan susunan rak buku.

 

Seingat ambo, PABK ni wujud sejak tahun 60an lagi, tak pasti secara tepatnya bila. Biasanya diadakan selama 2 minggu pada penghujung Januari atau awal Februari (musim sejuk dah nak berakhir). Pesta ini merupakan pesta buku yang terbesar diadakan di dunia arab. Ia memberi peluang untuk penerbit dan penjual buku, pencari buku, pengarang, penyair, karyawan, sasterawan dan segala orang yang berkaitan dengan buku berkumpul kat sini. Ambo pernah baca dalam tahun 2006-07 dalam akhbar Malaysia bahawa pesta buku Kaherah berada di nombor 2 dunia selepas pesta buku Frankfurt. Walaubagaimanapun ambo tak tahu angka tu dikira berdasarkan apa. Samada berdasarkan jumlah nilaian jualan buku, jumlah perserta samada penerbit atau pengunjung pesta atau pun ada factor lain. PABK ni dianjurkan oleh Organisasi Awam Buku Mesir (general Egyptian book organization) bertempat di Salah Salem, Nasr City. Penerbit yang meyertai pameran tu pernah mencecah sehingga 700-800 syarikat penerbitan melibatkan lebih 30 buah negara dengan ruang lantai untuk pameran tu pernah mencecah sehingga 600 ribu meter persegi. Angka tu mungkin dah banyak berubah. Khabarnya PABK sekarang tidak lagi diadakan di tapak Nasr City.

 

Selain jualan buku, pihak penganjur juga ada menyelitkan acara sampingan seperti forum, wacana dan majlis kurniaan anugerah-anugerah tertentu yang mengiktiraf jasa dan sumbangan para penulis, penyair, sasterawan dan sebagainya. Mereka juga meraikan hari ulangtahun kelahiran individu seperti Naguib Mahfouz (pemenang hadiah nobel dari Mesir), Tawfiq al-Hakim (dianggap bapa novel dan drama arab), dan sebagainya. Walaupun sesetengah individu berkenaan telah meninggal, penganjur akan mengadakan acara seperti forum untuk mengenang jasa dan sumbangan penulis atau karyawan berkenaan.

 

Ada juga pentas untuk wacana yang diadakan di dalam dewan kecil. Seingat ambo, masa ambo hadir tu ada wacana tentang perang mesir-israel 1973. Dalam perang tu mesir kembali mendapatkan Sinai dari Israel. So ada beberapa orang veteran perang dijemput dan berucap menceritakan suasan perang yang berlaku. Ramai juga audien dalam dewan sampaikan dewan tu terasa bahang padahal kami masih berada di penghujung musim sejuk. Ambo masuk sekadar nak tengok suasana jer sebab niat asal nak beli buku. Kalau setakat nak amik tahu pasal perang tu buleh tengok tv bila tiba setiap bulan oktober (perang tu berlaku pada Oktober 1973)

 

 

Tahun 1998 tu merupakan pengalaman ambo yang pertama dengan PABK. Masih ambo ingat, malam tu selepas solat maghrib kami naik teksi ke tapak PABK. Siap bawa troli kecil sebab ada housemate kami nak beli buku yang banyak jilid. Kadang tu ada buku yang sampai 20 jilid. So penjual hanya menyediakan plastic jer. kalau pergi seorang diri dan beli buku sebegini, sakit tangan nak bawa. Kena bawa troli. Kami pergi bertiga atau berempat dengan 2 troli (rasanya).

 

Itulah kali pertama ambo saksikan dengan mata kepala sendiri deretan buku yang panjang di bawah khemah2 besar. Ada khemah untuk buku agama. Ada juga khemah dan ruangan untuk buku falsafah, sains, Bahasa arab, kedoktoran, kejuruteraan, computer, kanak-kanak dan macam2 lagi. Ada juga yang berada dalam bangunan atau dewan. Setiap khemah tu kekadang mewakili negara syarikat penerbitan. Setiap deretan tu penuh dengan rak buku yang meninggi. Nak amik kitab yang atas tu kena guna tangga (orang kelantan sebut sigar).

 

Pengunjung memang ramai. Sesekali berselisih juga dengan pelajar kita yang bersama troli masing masing dan bergerak secara berkumpulan. Biasanya kalau yang jenis bawa troli sendiri untuk borong buku ni pelajar belah asia tenggara. Setiap kali kami melalui kiosk jualan, penjual akan panggil kami masuk dan pilih kitab yang dikehendaki. Memang mesra dan peramah sebab dia tengok kami bawa troli. Mesti nak beli kitab berjilidkan. Ha ha

 

Rasanya 2 3 jam juga kami berada dalam bangunan buku agama tu. Dah lenguh berjalan kami keluar dewan bersama troli yang dah berisi. Ambo tukang tolak. Kami menapak hingga ke jalan besar dan terus balik. Hari pertama ambo masih tak habis keliling tapak PABK. Hanya berlegar-legar dalam satu bangunan jer

 

Keesokannya, ambo pergi seorang diri pada waktu siang. Balik dari kuliah terus singgah di Salah Salem. Sempat beli beberapa buah kitab kecil yang boleh di bawa dengan tangan. Keluar dari dewan tu, ambo masuk ke khemah buku terpakai sambil berjalan melalui setiap kiosk penerbit. Biasanya mereka akan berikan senarai harga buku (macam flyers) yang berwarna warni. Ambo kutips semuanya. Asal orang bagi kertas iklan jer ambo kutip, baca sepintas lalu dan simpan. Masuk hari ketiga dan seterusnya, ambo akan singgah tiap kali balik dari kuliah. Kekadang tak beli pun, sajer berjalan di seluruh tapak PABK.

 

So anda buleh bayangkan betapa meriah dan seronoknya suasana pesta buku ni. Walaupun kadang tu kami takder duit, dapat tengok buku yang pelbagai tu pun dah rasa seronok. Contohnya kitab Fath al-Bari (syarah kepada Sahih Bukhari karya Ibn Hajar Asqalaniy) tu ada pelbagai cetakan. Yang paling cantik pada masa tu biasanya cetakan Darul Fikr Beirut. Kertas yang digunakan dengan mata font untuk setiap cetakan tu agak tersusun dan cantik. Kalau takder kat Darul Fikr, kami cari di penerbitan syarikat lain yang dari Lubnan. Kalau takder yang Lubnan atau harganya terlalu mahal, kami cari kat penerbit lain yang biasanya lebih murah. Begitu juga buku-buku tulisan ulama semasa seperti Tafsir Munir dan fiqh Adilah karya Dr Wahbah Zuhayliy, memang terliur nak beli tapi apakan daya setiap satu kitab tu harganya mencecah 100 USD (masa tu 100USD lebih kurang 450 pound Egypt atau rm380). Kalau beli kat Msia pada masa tu khabarnya harga dah hampir RM1k.

 

Pernah pelajar Malaysia dari univ di sebuah negara arab (bukan Mesir) datang ke Kaherah untuk mellihat sendiri suasana CIBF rasa teruja dengan saiz dan suasana kat sini. Katanya kalau kat tempat dia belajar, ada 4 khemah besar tu dah dikira hebat. Biasanya kalau buat pameran buku kat univ, ada 2 khemah jer untuk buku agama. Tu pun dah jenuh kita nak pilih buku. Kat sini katanya, lebih daripada 10 buah khemah. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Memang Kaherah syurga buku.