Selasa, 16 Ogos 2016

4.0 Ciri-Ciri Tarbiyyah Rasulullah SAW



4.0 Ciri-Ciri Tarbiyah Rasulullah S.A.W..
Ciri-ciri dan sifat-sifat Tarbiyah Rasulullah S.A.W. adalah ciri-ciri Islam itu sendiri kerana baginda membawa Deen Allah S.W.T. serta mengajak masyarakat manusia kepada Deen itu (Islam). Antaranya:

a.   Rabbaniyyah.
Rabbaniyyah dari segi manhaj dan masdar (sumber) disebut sebagai Manhaj Rabbani kerana sumbernya adalah wahyu Allah S.W.T. kepada Rasulullah S.A.W.. Ianya didatangkan oleh Allah S.W.T. semata-mata Iradah (Kehendak)-Nya bukan atas desakan atau kehendak mana-mana pihak samada individu, keluarga, kelompok masyarakat, parti atau bangsa.[5] Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Inilah kitab yang Kami (Allah) turunkan kepadamu (Muhammad) agar kamu mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya dengan izin Allah; kepada jalan Allah lagi Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.”
-Surah Ibrahim: ayat 1.

Juga Rabbaniyyah dari segi haluan dan matlamat; di mana matlamat utama pendidikan Islam ialah membentuk insan mu’min yang soleh (bukan semata-mata good citizen
Allah S.W.T. mendidik Rasul-Nya melalui wahyu-Nya dan Rasulullah S.A.W. mendidik para sahabat baginda berdiri di atas asas-asas berikut, iaitu; ‘Aqidah Tauhid kepada Allah S.W.T., Ta’abbud  (pengabdian) kepada Allah S.W.T. dan syariat Allah S.W.T. yang bersifat kamil dan syamil.
Allah S.W.T. tidak membiarkan manusia membiarkan manusia tertanya-tanya tentang kehidupannya, kematiannya dan hubungannya dengan alam dan manusia bahkan Allah S.W.T. mengutuskan Rasul-Nya membawa petunjuk Allah S.W.T. wahyunya dan syariatnya kepada mereka

b.   Penekanan Dasar (‘Aqidah Tauhid).
Dalam usaha Rasulullah S.A.W. membina dan mendidik ummah setelah menerima perintah Allah S.W.T., baginda memberi penekanan dasar kepada ‘aqidah tauhid. Inilah sebenarnya titik tolak Tarbiyah Islamiyyah iaitu Iman dan hal ini berlaku dalam generasi sahabat sehingga pernah diriwayatkan kata-kata sahabat yang bermaksud
“Kami telah didatangkan Iman sebelum al-Quran.”

Jika dilihat ayat-ayat al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T. di tahap Makkah adalah menyentuh dan merawat persoalan (qhadiyah) yang pertama, yang besar dan asasi bagi Deen Islam ini iaitu persoalan (qadhiyyah) ‘aqidahHal ini berjalan dengan hikmah dan kehendak Allah S.W.T. sejak hari pertama kerasulan baginda memulakan langkah-langkah da’wahnya dengan mengajak manusia mengakui (Lailaha Illallah) dan memperkenalkan kepada mereka siapa Allah S.W.T. serta memperhambakan mereka hanya kepada Allah S.W.T. , tidak kepada yang lain.[11] Rasulullah S.A.W. tidak bermula dengan lain-lain langkah melainkan menurut apa yang telah dikehendaki oleh Allah S.W.T. melalui wahyunya. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Rasulullah S.A.W. tidak berucap mengikut kemahuan hawa nafsunya, ucapan itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya yang diajar kepadanya oleh Yang Maha Kuat (Perkasa).”
-Surah an-Najm: ayat 3-5.

Rasulullah S.A.W. tidak boleh menukar gantinya atau merubahnya.[12]
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

“Katakanlah tidak wajar bagiku mengganti menurut kemahuan diriku. Aku tidak mengikut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut azab di hari agung sekiranya aku menderhakai Tuhanku (Allah S.W.T.).”
-Surah Yunus: ayat 15.

Dari keterangan tersebut dapat difahami bahawa penekanan dasar pada pengukuhan ‘Aqidah Tauhid dalam proses Tarbiyah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. itu adalah satu ketentuan Allah S.W.T. bukan ciptaan dan rekaan Nabi Muhammad S.A.W. sendiri.


Tiada ulasan: