5.0 Hubungan Aqidah
dan Tarbiyah
Apabila kita
mmepersoalkan tentang aqidah islamiyah kita perlu mengetahui akidah secara menyeluruh
diman ia ditakrifkan sebagai sesuatu yang mengikat. Pada keyakinan manusia adalah suatu keyakinan yang
mengikat hatinya dari segala keraguan. Aqidah menurut terminologi syara'
(agama) yaitu keimanan kepada Allah, Malaikat-malaikat, Kitab-kitab, Para
Rasul, Hari Akhirat, dan keimanan kepada takdir Allah baik dan buruknya. Ini
disebut Rukun Iman.
Aqidah juga mempunyai dan hubungannya dengan
tarbiyah, semestinya kita harus fahami terlebih dahulu apa itu aqidah dalam
diri seorang hambanya .ialebih terikat dengan beberapa kriteria yang penting
seperti dalam pengabdian diri kepada allah yang memerlukan tiga perkara pokok utama iaitu iman amal dan taqwa. Dalam syariat Islam terdiri dua
pangkal utama.
Pertama : Aqidah yaitu keyakinan pada rukun iman itu, letaknya di hati dan
tidak ada kaitannya dengan cara-cara perbuatan (ibadah). Bahagian ini disebut pokok atau asas.
Kedua :
Perbuatan yaitu cara-cara amal atau ibadah seperti sholat, puasa, zakat, dan seluruh
bentuk ibadah disebut sebagai cabang. Nilai perbuatan ini baik buruknya atau
diterima atau tidaknya bergantung yang pertama. Makanya syarat diterimanya
ibadah itu ada dua,
pertama : Ikhlas karena Allah SWT yaitu
berdasarkan aqidah islamiyah yang benar. Kedua : Mengerjakan ibadahnya sesuai
dengan petunjuk Rasulullah SAW. Ini disebut amal sholeh. Ibadah yang memenuhi
satu syarat saja, umpamanya ikhlas saja tidak mengikuti petunjuk Rasulullah SAW
tertolak atau mengikuti Rasulullah SAW saja tapi tidak ikhlas, karena faktor
manusia, umpamanya, maka amal tersebut tertolak. Sampai benar-benar memenuhi
dua kriteria itu. Inilah makna yang terkandung dalam Al-Qur'an surah Al-Kahfi
110 yang artinya :
"Barangsiapa
mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang
shaleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadah kepada
Tuhannya."
Keimanan
seseoang hamba membawa kepada amal iaitu perbuatan yang dilakukan
seperti amalan –amalan yang perlu dilakukan samaada ia wajib ataupun sunat.Ibadah
didirikan diatas asas keimanan yang kukuh akan melahirkan ketaqwaan kepada
allah. Kemanisan dalam melakuka amal
ibadah ini tidak dapat diukur dengan sesuatupun pancaindera melainkan dengan hati
yang ikhlas dan rasa kecintaaan kita
kepada allah.namun ia juga harus diimbangi dengan ilmu pengetahuan yang luas
dan rasa keiltizam yang tinggi dalam menghayati islam agar kita dapat
mengaplikasi ajaran dalam kehidupan kita secara syumul.
Sekiranya kita
menyusuri dan menghayati perkembangan
aqidah yang dibawa oleh rasulullahkita dapati pada masa Rasulullah SAW, aqidah bukan merupakan disiplin ilmu tersendiri
karena masalahnya sangat jelas dan tidak terjadi perbezaan pendapat dan salah
faham dikalangan pengikut rasulullah, kalaupun terjadi ianya sudah diterangkan secara langsung oleh beliau. Makanya kita boleh mendapatkan
keterangan para sahabat yang errtinya berbunyi
: "Kita diberikan keimanan
sebelum Al-Qur'an"
Kesan pentarbiyahan
dalam diri seorang hamba menjadikannya seorang hamba yang mempunya sifat-sifat
yang baik dan memenuhi prinsip-prinsip seorang hambanya yang baik dan mantap
dalam pelbagai sudut.Antaranya ialah :
·
Mempunyai Hati Yang bersih
Hati yang baik ialah hati yang bersih dari
sebarang celaan dan noda –noda hitam yang boleh merosakkannya .Imam Al-Ghazali
berkata hati yang tulus akan mendorong seseorang itu melakukan amal ibadah dengan sempurna.Iman alghazali pernah
mengatakan apabila kamu hendak mengenali wajah lihatlah cermin , tetapi
Apabila kamu hendak mengenali diri lihatlah
pada wajah,tetapi apabila kamu hendak kata-kata tersebut menggambarkan betapa
keperabadian dan akhlaq mulia menjadi tali pengukur kepada setiap
individu.sesungguhnya berakhlaq mulia dan amat dituntut dar sudut budaya ,
peradaban dan agama kita.amalan nilai-nilai murni ini dapat membentuk insan
yang seimbang dari segi jasmani rohani dan intelek.
Baik buruk seseorang itu berpunca
daripada hatinya. Tepat seperti yang telah disabdakan oleh
Rasulullah SAW dalam hadithnya yang bermaksud:
“Ketahuilah di
dalam jasad manusia terdapat seketul daging, jika baik
ketulan itu maka baiklah seluruh jasadnya, tetapi jika rosak maka
rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah ia adalah hati.”
Oleh itu membaiki dan merawat hati
daripada sebarang penyakit perlu diberi keutamaan. Jiwa perlu dibersihkan
daripada sebarang syirik dan sifat
yang tercela seperti hasad, ‘ujub, takkabur,
bakhil, cintakan dunia, menurut hawa nafsu dan sebagainya.
Menurut Ibn Qaiyyim al-Jauzi, hati
itu menjadi baik apabila ia mengenali Allah yang menciptanya, nama-Nya,
sifat-Nya, perbuatan-Nya dan peraturan-Nya. Hati yang sihat
akan mengutamakan keredaan Allah dan mencintai apa yang
disukai Allah serta menjauhi segala tegahan dan perkara yang dimurkai-Nya.
·
Realiti Kehidupan Masyarakat
Islam Kini dalam urusan seharian.
Adalah satu hakikat yang mudah difahami iaitu
manusia hendaklah menjadi muslim dan dididik dengan didikan Islam. Bagaimanapun
perkara semudah ini tidak difahami oleh umat Islam hari ini
atau kabur bagi mereka.
Umat Islam hari ini rata-rata sudah jauh tersimpang dari ajaran
rasulullah dimana ramai dikalangan mereka kehilangan sahsiah atau identiti sebagai umat
pilihan Nabi Muhammad s.aw, .mereka dalam
kehidupan seharian yang hilang jati diri
serta kekuatan dan menjadi terumbang-ambing seperti buih dilautan, dan tidak digeruni atau disegani lagi
seperti yang disebutkan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Hampir
seluruh umat manusia bersatu menghancurkan kamu
seperti orang yang sedang lapar menghadapi hidangan
makanan. Mereka bertanya: ‘Apakah kita sedikit pada masa itu, wahai
Rasulullah?’ Jawab baginda: ‘Malah kamu banyak, tapi kamu laksana buih
air bah.”
Jadi ia memerlukan bimbingan yang mantap dari
seorang pemimpin yang bersifat seperti seorang rasulullah dimana asanya adalah keimanan
kepada Allah serta melaksanakan syariatnya dengan baik mengukut acuan yang
diterima dari ajaran kita selaras dengan
Al- Quran dan As-Sunnah.
Jikalau kita Meneliti sejarah
Rasulullah SAW, para pendokong dibentuk dan diproses
melalui Tarbiyah Islamiyah yang mengikrarkan ‘ubudiyah hanya kepada
Allah; ‘ubudiyah yang merangkumi i’tiqad, ibadah dan peraturan yang
benar-benar berjalan dalam amalan hidup mereka. Proses ‘ubudiyah seperti ini
akan membersihkan jiwa mereka daripada beriman kepada yang
lain dan mengawasi amalan mereka daripada bermatlamatkan yang lain daripada
Allah semata-mata.
Melalui proses ini sahajalah ummah Islamiyah
dapat dibentuk. Ummah ini akan menjadi kuat serta tidak gentar menghadapi
musuh –musuh islam. Ummah yang dianggotai oleh mereka yang
melalui proses pembentukan yang bertolak daripada kalimah tauhid yang
diikrarkan oleh setiap anggotanya iaitu ‘La ilaha illallah, Muhammadur
Rasulullah’.
Selagi ikrar ini tidak lahir dalam
bentuk amalan individu mahupun masyarakat sebagai natijah proses
pembentukan itu, mereka belum layak untuk menganggotai ummah muslimah dalam
pengertian sebenar. Konsep yang tegas dan jelas ini perlu difahami oleh
setiap muslim yang telah bertekad untuk memutuskan hubungannya dengan jahiliah
dan mengikrarkan ‘ubudiyahnya hanya bagi Allah SWT. Kefahaman yang
jelas ini penting supaya amalan hidup setiap muslim adalah benar-benar
merupakan ibadah yang diredhai Allah SWT. Dengan perkataan lain ikrar itu
menjadi kaedah atau asas bagi suatu sistem yang lengkap dan
praktik. Dengan itu, kehidupan ummah Islamiah benar-benar diasas dan
dikawal oleh kaedah ini, bukan kaedah lain atau bersama kaedah lain. Allah
berfiman dalam Surah Yusuf, ayat 40 yang bermaksud:
“Keputusan
hukum itu kepunyaan Allah. Dia memerintahkan supaya jangan tunduk
memperhambakan diri melainkan kepada-Nya. Itulah din (agama) yang benar.”
Dalam Surah An-Nisa’, ayat 80 pula Allah
berfirman yang bermaksud:
“Siapa
yang mematuhi Rasul maka sesungguhnya ia mematuhi Allah.”
Berdasarkan kepada proses pembentukan dan
pembangunan itu, maka langkah pertama ialah membersihkan jiwa
anggota daripada ‘ubudiyah kepada yang lain
daripada Allah swt sama ada dalam bentuk i’tiqad, ibadah dan syariat. Ummah
yang dianggotai mereka yang sudah bersih hati dan
jiwa sahaja yang dapat membangunkan masyarakat Islam.
Ummah yang dibangunkan di atas dasar tauhid
tidak dapat diwujudkan kecuali setelah tencapai suatu tingkat kekuatan
yang mampu menghadapi cabaran dan tekanan masyarakat jahiliyah. Kekuatan
yang dimaksudkan ialah kekuatan aqidah, kekuatan
syariah, kekuatan ahklak, kekuatan organisasi, kekuatan ilmu dan pelbagai jenis
kekuatan yang diperlukan bagi menentang sistem jahiliyah atau
sekurang-kurangnya mampu mempertahankan diri daripada dikuasai jahiliyah.
Antara peranan tarbiyah yang perlu di ambil perhatian adalah :
§
Disiplin diri menjadikan mereka orang yang
amat menepati janji kepada Allah
Tepati janji adalah sifat orang mukmin yang sejati.Ia jauh dari
sifat seoorang munafik.ia memerlukan kesabaran dalam setiap amalan yang
dilakukan serta keazaman yang himmah tinggi dalam semua urusan kerana didorong
oleh aqidah yang mantap dan fikrah sebagai objektif yang utama dalam
melaksanakan semua amalan dalam diri.Oleh itu,
amat penting sesuatu fikrah perlu iterjemahkan dalam reality sebenar
yang didokong oleh pemimpin yang ikhlas berniat jujur dalam melaksanakan semua
urusan serta bersemangat juang dalam mempejuangkan amanah islam dalam dakwah
serta bersedia berkorban apa sahaja demi melaksanakannya.Fikrah Islamiyah
mempunyai beberapa factor penting iaitu :
Ø
Tasawwur Fikrah yang jelas pada
pendokongnya
Ø
Iman pendokong yang mantapterhadap
pandangan fikrah
Ø
Kerjasama dan Bersatu padu diantara semua
kesatuan supaya menjadi kuat
Fikrah yang baik dan sahih memerlukan keperibadian islam yang unik
dan bertepatan dengan manhaj rabbaniah serta
melaksanakan haq dan mengelakkan dari unsure-unsur yang batil dan
merosakkannya.Aqidah Islam adalah aqidah persaudaran dimana tidak akan
berselihan pendapat melainkan dengan mempunnyai aqidah yang sama.
§
Jauhi hubbun duniawi,
Rasulullah adalah contoh orang yang terpuji yang zuhud dalam kehidupan
seharian .manusia agung yang mempunyai jiwa yang teragung dengan sifat-sifat
mahmudah tanpa sebarang celaan dalam dirinya amat sederhana dalam kehidupan
sehariannya.Seorang yang bersifat rendah diri walaupun beliau seorang pemimpin
tetapi amat kaya dengan akhlaq yang terpuji .Sifat –sifat yang ada pada Rasulullah
menjadikannya seorang yang terpuji .
Apabila Rasulullah mengatakah soal halal dan haram semua ini
diperakui oleh orang yang patuh dan taat setia serta menjauhi larangannya.
Rasulullah pendamping sahabat yang jauh dalam sudut hatinya
mengakui kebesaran Allah yang
menciptakan manusia agung ini yang memikul tugas dan amanah yang amat penting
keseluruh alam.beliaulah kekasih allah.Kasih sayang allah terhadap Rasulullah
tiada batasan dan orang yang benar-benar mencintai Rasulullah pasti akan
merasai kecintaan kepada Allah dalam melaksanakan tugas dan amanah fisabilillah
di iatas dipikul muka bumi ini sehingga
urusan ini selesai .
§
Jiwa lebih kepada kecintaan akhirat
Amal yang bermula dari pangkal umbi memerlukan siraman setiap hari
dengan berbekalkan dorongan serta semangat yang tinggi daam melakukan amaln
dalam ibadah dan menjadikan mardhatilalh sebagai keredhaan Allah sebagai
matlamat agung kecintaan kepada allah dalam semua perbuatan yang dilakukan.Seseorang
itu akan lebih sensitive dan peka kepada agama Islam dan cuba untuk menjauhi
dari penyimpangan iman dan masyarakat sekelilingnya.jadi seseorang itu cuba
untuk berusaha memperbaiki dirinya dari
kelemahan diri dan cuba untuk mengaplikasi semua ajaran mengukut syariatnya
serta iltizam dalam diri untuk mengadaptasikan perlaksanaan syariat .
§
Ketaatan yang mendalam kepada Allah
Aqidah Islamiyah mempunyai pengaruh yang sangat signifikanterhadap
hal-hal tersebut.kerana ia diarahkan oleh aqidah itu sendiri.Sekiranya berlaku
penyimpangan aqidah didalam akhlaq dam muamalah seharian ia berpunca dari
aqidah yang tidakmenyakini keimanan .sebab itulah kita perlu memberi ketaatan
kepada Allah.
§
Amalan yang Istiqamah
Tujuan dilakukan amalan ini adalah untuk mendapatkan mardhotilah
tanpa mengharapkan apa-apa balasan duniawi,tetapi uasaha ini dilakukan tanpa
penat lelah kerana yakin dengan janji- janji allah.Barang siapa yang melakukan
amalan dengan kehenaknya, maka segala kewajipan yang terpikul terasa ringan dan
mudah Selain itu keimanan seseorang boleh dikesan dan dilihat tanda-tandanya.
Melakukan suruhan dan meninggalkan larangan dari yang sekecil-sekecilnya adalah
gambaran yang terjelma dari dorongan keimanannya. Justeru, Iman seseorang boleh
bertambah dan boleh berkurang. Bertambah disebabkan ketaatan dan berkurang
disebabkan keingkarannya dalam melaksanankan tanggungjawab kepada Allah.
§
Keyakinan yang mendalam tanpa keraguan
tentang kebesaran Allah dalam syariatnya.
Manusia meletakkan objektif dan matlamatnya harus dicapai walaupun
terpaksa berdepan dengan pelbagai rintangan demi untuk mencapaIi
hasratnya,sudah tentu ia memerukan pengorbanan yang jitu dari segi tenaga
,masa,dan buah fikiran.serta harta kerana untuk memastikan misi ini Berjaya ia
banyak menuntut kesabaran dan pengorbanan yang tinggi walaupun terpaksa
berdepan dengan pelbagai rintangan
.
Sabda Rasulullah ada
kebenarannya :
“Jalan menuju ke syurga itu dipenuhi dengan kepayahan dan
kesusahan “
Sudah tentulah syurga yang merupakan matlamat
tertinggi seseorang insan itu akan dililiti dengan seribu satu kepayahan dan
kesusahan. Maka usaha dan pengorbanan mesti dilakukan untuk mencapai syurga
tersebut
Tiada ulasan:
Catat Ulasan