7.0 Contoh Dakwah Tarbiyah dari Imam
Hassan Al-Banna
Manhaj Imam Hasan Al-Banna mengajar kita bahawa
sebelum seseorang insan memulakan langkah pertama untuk mencapai sesuatu
objektif, ia memerlukan kepada dua asas utama iaitu :
PERTAMA : DIA
MESTILAH BERIMAN (YAKIN) DENGAN OBJEKTIF ITU
KEDUA : DIA MESTILAH
YAKIN DAN MAMPU UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF YANG DIIMANINYA ITU DENGAN IZIN ALLAH
SWT
Manhaj dakwah berdasarkan method dakwah rasulullah adalah :
Taarif
Memperkenakan Islam kepada menusia
Takwin
Pembentukan peribadi muslim
Tahfiz
Pelaksanaan pengorbanan dalam tugas IsIam
Ketiga-tiga peringkat ini amat diperlukan dalam pembinaan tarbiyah
hakiki secara beransur-ansur dan diikuti dengan beberapa matlamat serta
objektifnya adalah :
1.
Mentarbiyahkan melalui pembunaan dalam
kebangkitan ruh keimanan dalam diri umat.
2.
Ianya merangkumi bebberapa aspek penting
seperti tabiyah ruh,jasad , akal dan perasaan meliputi seluruh aspek kehidupan
sejagat.
3.
Ianya cenderung kepada pentarbiyahan
dalam diri seseorang seterusny aBerjaya dalam membentuk sebuah keluarga muslim
yang berasakan tarbiyah ini.
4.
Mewujudkan masyarakat yang telah
mempunyai asas mendalam dalam segi pentarbiyahan dalam melaksanakan manhaj
Islam dalam realiti kehidupan masyarakat
yang harmoni.
5.
Menghidupkan khalifah Islam yang telah
lama hilang dan mundur
6.
Memartabatkan kembali kedudukan dan
identiti serta penguasaan di peringkat antarabangsa umat Islam sebaik-baik umat
di alam ini.
7.
Melahirkan sebuah pemimpin masyarakat
yang berkaliber dan dapat dicontohi.
Semua objektif itu telah diperakui dan akan dapat diadaptasikan
kepada sebuah kehidupan masyarakat yang mempunyai dasr dan tujuan hidup
berdasarkan arahan-arahan serta larangan dalam syariat Allah serta akan menjauhinya.Secara amnya matlamat ini
mudah difahami bukan sahaja diterjemahkan melalui kata-kata dibibir,ataupun
lakaran-lakaran tulisan dalam buku serta dalam ceramah dan kuliah.
Hassan Al-Banna dalam riwayatnya ada menyebut bahawa amat penting
kita mewujudkan sebuah kehidupan yang bermatlamatkan Islam dijunjung serta
berpegang kepada dasar yang mempunyai
kandungan dakwah yang tersendiri dengan beberapa strategi yang mantap seperti:
o
Menggerakkan semula umat Islam daripada
lamunan yang panjang dan leka
o
Mengejutkan mereka dari lamunan dunia
yang mengasyikan agar mereka faham tujuan kehidupan yang sebenar
o
Memberi sesuatu yang dapat menyentuh hati
dan perasaan umat supaya beriman walaupun dengan apa cara sekalipun.
o
Menghidupkan keazaman umat agar mereka
berazam tinggi dalam menjalani kehidupan
Islam.
o
Menggerakkan kesatuan supaya bekerja
dengan aman dan amanah.
Semua usaha-usaha di atas memerlukan kepada
kefahaman dan tarbiyah
Dakwah yang dibawa oleh Hassan Al-Banna adalah:
- Menggerakkan semula umat daripada lamunan yang panjang.
- Mengejutkan kembali minda umat agar mereka faham.
- Menyentuh hati umat supaya mereka beriman.
- Menghidupkan keinginan umat agar mereka berazam.
- Menggerakkan anggota umat agar mereka berkerja.
Dakwah, sebagaimana kefahaman yang dibawa oleh Imam
Hasan Al-Banna dan diimplementasikan oleh Jamaah Ikhwanul Muslimin ialah :
- Amal ‘fikri’ (usaha minda) yang menerangi akal.
- Amal ‘da’wi’ (usaha dakwah) yang mendorong perasaan.
- Amal ‘tarbawi’ (usaha pentarbiyahan) yang melahirkan peribadi Islam yang seimbang.
- Amal ‘ijtima'ie’ (usaha kemasyarakatan) yang menyumbang menyelesaikan permasalahan masyarakat dan menyebarkan kebaikan.
- Amal ‘iqtisadi’ (usaha ekonomi) untuk membebaskan ekonomi negara daripada cengkaman barat dan riba.
- Amal ‘siyasi’ (usaha politik) untuk menegakkan pemerintahan negara yang melaksanakan hukum Islam.
- Amal ‘jihadi’ (usaha jihad) untuk membebaskan tanah milik umat Islam di serata dunia daripada penjajahan asing melalui manhaj Nabi saw.
Perkara yang kita perkatakan ini perlu kepada
penegasan bahawa Islam ialah :
- Risalah tarbiyah sebelum menjadi risalah tanzim dan tasyri'.
- Risalah nilai dan neraca sebelum menjadi risalah jihad dan perang.
Oleh yang demikian, ia perlu kepada kefahaman bahwa
:
PERTAMA :
Objektif daripada perlaksanaan manhaj Nabi saw
adalah untuk mewujudkan realiti amali yang Islamik, di mana hukum-hukum syariat
dilaksanakan secara ruh dan .
Tidak sepatutnya kita menuntut Islam menyelesaikan
permasalahan yang kita hadapi sebelum kita sendiri mewujudkan satu realiti
persekitaran yang dilaksanakan syariat dan hukum di dalamnya.
Perkara ini tidak boleh diwujudkan dengan paksaan
tetapi dengan :
- Tarbiyah.
- Keyakinan.
- Iman.
KEDUA :
Amal untuk mencapai objektif-objektif tersebut
hendaklah dilakukan melalui perancangan yang berperingkat-peringkat.
Amal tidak sepatutnya berganjak ke satu peringkat
yang lain kecuali setelah objektif peringkat sebelumnya tercapai. Begitu juga
amal dalam peringkat-peringkat ini hendaklah bersifat anjal kerana tabiatnya
yang saling kait mengait antara satu sama lain. Ini kerana pencapaian objektif
mana-mana peringkat akan membantu usaha mencapai objektif di peringkat
seterusnya seperti mana pencapaian semua objektif di semua peringkat akan
menyumbang ke arah pencapaian objektif terbesar.
Oleh itu, kewujudan individu muslim akan membantu
ke arah pembentukan ‘usrah’ (keluarga) muslimah. Kewujudan ‘usrah’
(keluarga) muslimah pula akan membantu pembentukan ‘mujtama'’
(masyarakat) muslim, begitulah seterusnya.
KETIGA :
Amal untuk mencapai objektif-objektif tersebut
hendaklah dilakukan secara ‘jamai’e’ (kolektif) yang mempunyai
pimpinan yang berakar umbi dalam masyarakat dan mengepalai kelompok mukmin.
la bekerja untuk membentuk pendapat umum yang
Islamik, yang akan menggembeling pelbagai tenaga bagi mencapai objektif Islam.
Amal ‘fardi’ (individu) tidak akan
mampu mencapai objektif-objektif tersebut, di samping Islam sendiri agama
jamaah yang mentarbiyah individunya dengan pengertian ini.
Ya Allah, tetapkanlah kami di atas jalan Tarbiyah
dan Takwin (Pembentukan) kerana hanya inilah jalan yang paling selamat dan
kukuh untuk menegakkan syariatMu di muka bumi kerana kami memahami bahwa inilah
juga jalan yang telah dirintis oleh Rasulullah saw dan ditegakkan oleh para
sahabat Radhiallahu ‘anhum sehingga syariatMu terlaksana pertama kalinya di
bumi Madinah Al Munawwarah dan seterusnya menyebar ke bumi Islam yang lain.
8.0 PENUTUP
Akhirnya sebagai panduan hidup kita perlu berkenal-kenalan dan
berbaik-baik di kalangan manusia. Allah Taala berfirman sebagaimana maksudnya,"Wahai
umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersUku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya
di antara kamu, (bukan yang mempunyai kelebihan dari aspek keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuannya (akan
keadaan dan amalan kamu)" (Al Hujurat:13)
Allah telah menyatakan bahawa pada asalnya ia menciptakan manusia itu daripada lelaki dan perempuan (Adam dan Hawa). Kemudian Dia mengembang biakkan keturunan manusia sehingga menjadi berbagai-bagai bangsa, puak dan suku kaum. Tujuannya ialah supaya manusia itu berkenal-kenalan dan berbaik-baik di antara satu sama lain. Manakala insan yang paling mulia sekali di sisinya ialah yang paling bertakwa kepadanya. Dan sesungguhnya Dia amat mengetahui dan amat mengenal siapakah yang paling takut kepada-Nya. Oleh kerana itu, manusia hendaklah berkasih sayang sesama mereka, bantu membantu antara satu sama lain dan seterusnya ingat mengingati dan pesan memesan sesama mereka dalam perkara kebaikan.
Maka amat wajarlah sekiranya kita cuba untuk memimpin dan memerintah dunia ini. Firman Allah Taala yang bermaksud,"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang Kuasa pemerintahan dibumi" (An Nur:55).
Ayat ini menerangkan kepada kita bahawa Allah telah menjanjikan golongan beriman dan beramal soleh dari kalangan manusia akan dikurniakan kuasa pemerintahan di atas muka bumi ini. Pada waktu itu manusia dapat menjalankan urusan harian dan berbakti kepada Allah dalam suasana yang aman damai.
Menjalankan syariat Allah Taala di bumi ini. Matlamat dan tujuan seterusnya manusia dijadikan Allah ialah untuk menjalankan syariat Allah di bumi ini. Ini merupakan matlamat yang sangal besar dan masyhur. Ia merupakan inti sari kepada segala matlamat yang lain.
Banyak ayat-ayat Al Quran Al Karim yang menerangkan kepada kita tentang perkara-perkara ini. Antaranya firman Allah Taala yang bermaksud,"Kesudahannya Kami jadikan Engkau (Wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum ugama; maka turutiah syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang Yang tidak mengetahui (perkara yang benar)" (Al Jaasiyah:18)
Di dalam surah Al Maidah ayat 49, Allah Taala berfirman yang bermaksud,"Dan hendaklah Engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka..." (Al-Ma'idah:49) - Akhbar Harakah
Di sini kita sedia memahami bahawa matlamat utama tarbiyah Islamiyah ialah melahirkan perhambaan manusia kepada Allah sepenuhnya. Oleh itu kita perlulah bermotivasi tinggi untuk mendidik dan dididik kerana kitalah sebenarnya mengajak manusia kepada Allah maka kita memerlukan ciri-ciri yang dikehendaki oleh-Nya. Janganlah kita gopoh atau lalai kerana dakwah Islamiyah memerlukan nafas yang panjang. Ia bukan bulan dicapai sehari dua, setahun atau beberapa tahun kemudiannya, tetapi memakan masa yang begitu lama sehinggalah hari kiamat.
Kita juga menyakini bahawa segala sumbangan dan kerja mengislah masyarakat akan di nilai oleh Allah Taala. Inilah bekalan kita untuk kehidupan di negeri akhirat nanti. Firman Allah bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari Akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuannya atas segala apa yang kamu kerjakan" (Surah Al Hasyr: 18)

BIBLIOGRAFI
2.
aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/
3.
lmanhaj.or.id/content/2882/slash/0 –
4.
oasetarbiyah.blogspot.com/.../aqidah-adalah-asas-a
5.
Qardhowi
Yusuf,.Dr.al-Dakwah AL-Islamiyah Baina al-Juhud wa al-Tattharruf.Bank al-Taqwa
(Tanpa Kota)
6.
Min ajli Dakah Rasyidah
Dar al-Syuruqi .Kaherah ,2001
7.
Aulawyyat al Haraqah al-Islamiyyah fi al Marhalah
al-Qhadimah .Muassassah Risalah :Beirut .1997
Tiada ulasan:
Catat Ulasan