1.0 PENGENALAN
Dewasa ini isu yang melibatkan murid dan
permasalahannya di sekolah sering kali diperdebatkan di corong-corung media
massa.Entah dimana silapnya, para guru tak terkecuali dipersalahkan dalam hal
yang sensitif ini. Di mana-mana pun jika seseorang guru itu pergi,
soalan-soalan wajib berkaitan masalah disiplin murid di sekolah pasti akan
disentuh. Setiap kali isu disiplin dibangkitkan, hanya dua pihak ini sahaja yang
selalu dipersalahkan, guru dan ibu bapa. Tidak dinafikan, segala perubahan
tingkah laku anak bermula dari rumah dan ibu bapa adalah orang pertama yang
dipertanggungjawabkan memberi didikan yang sempurna kepada anak.
Namun, bukan semua ibu bapa boleh memberi
pendidikan asas ini sebaik mungkin kepada anak-anak. Banyak faktor yang perlu
dilihat dalam pembentukan disiplin kendiri anak-anak dalam sesebuah keluarga
itu.
Guru pula merujuk orang kedua yang
bertanggungjawab menanam asas kemanusiaan dalam diri murid. Tanggungjawab tidak
hanya kepada mengajar untuk murid pandai semata-mata kerana bukan semua murid
mempunyai bakat dan potensi yang sama.
Namun, bukan semua guru mampu menjadikan diri
seseorang murid itu benar-benar sempurna sebaik murid itu keluar dari
perkarangan sekolah. Latar belakang murid adalah berbeza. Begitu juga budaya hidup dan cara hidup mereka. Penerimaan asas didikan
di rumah yang diterima berbeza dengan asas didikan yang diterima di sekolah.Tidak
semua mereka mengamalkan tatacara hidup yang serupa.
Itu belum lagi dicampur dengan ‘asas didikan’
yang diterima semasa berada bersama rakan sebaya atau masyarakat sekeliling.
Saya sendiri kerap kali terserempak dengan murid tahun enam yang suka memaki hamun makanan yang dibeli di kantin.
Entah dari mana mereka elajar perkataan yang tidak senonoh itu saya sendiri
tidak pasti.
Setiap murid mempunyai
perwatakan diri yang berbeza dan sentiasa berubah-ubah. Di rumah, lain
perangainya. Di sekolah juga lain. Di luar rumah atau luar sekolah kita tidak
tahu macam mana. Murid akan melalui proses perkembangan diri dan mereka tahu
apa yang mereka buat sebenarnya. Mereka inginkan keinginan dipenuhi tanpa
syarat.
Bagi sesetengah murid
yang matang berfikir, ada kalanya keinginan tidak dipenuhi tidak mengapa kerana
mereka faham mengapa keinginan itu tidak dapat dipenuhi. Bagaimana pula bagi
murid-murid yang tidak faham atau buat-buat tidak faham? Saya rasa guru-guru
yang mengajar kelas hujung tahu apa jawapannya.
Saya mengajar di kelas
yang dikateorikan sebagai lemah .
Murid-murid saya sentiasa bermasalah dari segi kehadiran, tingkah laku, emosi
dan banyak lagi. Semua ini perlu ditangani dengan segera sebelum ianya menular
sehingga mereka tamat darjah enam. Pernahkah anda perhatikan bahawa dalam
tempoh 6 tahun murid belajar di sekolah dari usia 7 hingga 12 tahun, mereka
melalui proses perkembangan yang berbeza.
Murid tahun satu
dilihat begitu baik, naik tahun dua sudah pandai melanggar peraturan. Masuk
darjah tiga sudah pandai membuli dan mencuri. Naik darjah empat sudah tahu
ponteng sekolah, mencuri makanan di kantin. Ketika di darjah lima sudah pandai
merokok, menyertai kumpulan luar supaya nampak hebat dan digeruni. Naik darjah
enam sudah pandai menengking guru. Itu belum lagi melihat proses perkembangan
mereka ketika di tingkatan satu dan seterusnya.
Memanglah bukan semua
murid itu bermasalah. Tetapi bagaimanakah cara penyelesaian terbaik untuk
mengurangkan apa yang sedang berlaku dalam sistem pendidikan di sekolah
sekarang? Mungkin salah satu cara adalah pihak pentadbir sekolah dan ibu bapa
perlu bekerjasama dan serius menangani isu ini. Janganlah apabila ibu bapa
dipanggil ke sekolah untuk berkongsi pandangan, mereka hanya tahu mencari salah
guru itu, salah guru ini. Pihak sekolah pula menyalahkan ibu bapa macam itu dan
macam ini. Sudahnya, satu kata sepakat takkan tercapai pun
2.0 PENGERTIAN TINGKAH LAKU
Apakah
makna tingkah laku? Tingkah laku adalah sebahagian daripada elemen sikap
bagi seseorang individu. Menurut Azizi (2005), tingkah laku merupakan
penampilan dan hasil terjemahan atau ekspresi terhadap perubahan emosi,
perasaan dan pemikiran. Tingkah laku mempunyai unsur-unsur fizikal yang boleh
dilihat dengan mata kasar.
Dalam kajian ini, perasaan dan pemikiran yang dianggap
sebagai agen penentu
tingkah laku pelajar adalah hasil jangkaan daripada
pendidikan agama secara formal
dan informal. Pendidikan agama menyampaikan pengetahuan
serta peneguhan yang
dijangka
membentuk sikap pelajar. Seterusnya pengetahuan dan sikap ini akan membentuk
tingkah laku.
Tingkah
laku positif adalah berlawanan dengan tingkah laku devian dan delinkuen.
Delinkuen didefinisikan sebagai tingkah laku yang ganjil dan tidak bermoral
serta tidak dapat diterima. Devian pula adalah kelakuan yang melanggar jangkaan
yang iinstitusikan, iaitu jangkaan yang dikongsi dan diiktiraf sebagai sah dalam
sesuatu sistem sosial (Azizi, 2005).
Penyelidik
memilih aspek tingkah laku positif berbanding tingkah laku delinkuen atau devian
adalah bertujuan bagi mengurangkan jawapan pemalsuandaripada pelajar. Ini
kerana instrumen dalam kajian ini berpotensi menyedarkan responden tentang
kewujudan keadaan kognisi yang bercanggah (cognitive disonance), jika ianya terdapat dalam diri mereka. Merujuk definisi
teori berkenaan, keadaan sedemikian akan mendorong responden untuk mengubah
maklumat diri yang menggambarkan keseimbangan kognitif palsu.
Dalam kajian ini, Tingkah Laku Positif merujuk kepada
aspek mematuhi nilai-nilai
agama serta norma-norma masyarakat. Tingkah laku ini
adalah mematuhi kewajipan menunaikan ibadah sebagai seorang Islam dan pengamalan
akhlak yang baik dalam mematuhi norma-norma masyarakat.jadi sedarlah kita walau
dimana-mana kita berada tingkah kau positif mendahului dan diutamakan dalam
sebuah kehidupan.
#artikel ini ditulis oleh ummu muhammad aeishah ghazali
Tiada ulasan:
Catat Ulasan