5.0 PUNCA TINGKAH LAKU BERMASALAH
Beberapa
punca tingkah laku bermasalah seperti di bawah ini juga boleh menyumbang kepada
tingkah laku bermasalah.antaranya:
·
Kecerdasan
Kecerdasan
telah dibekalkan kepada kanak-kanak agar berkeupayaan menyesuaikan diri untuk
hidup, untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah penyesuaiannya.Kecerdasan
yang sederhana membolehkan kanak-kanak menyesuaikan dirinya denganagak berjaya
jika keadaan lain adalah baik. Namun begitu kecerdasan yang sangat rendahatau
sangat tinggi akan menjejaskan penyesuaian sosial. Kanak-kanak yang terlalu
pandaiatau terlalu bodoh biasanya terosak sedikit daripada segi psikologi
kerana ia membentuk konsep kendiri yang menentang penyesuaian yang sempurna.
Seterusnya ia akan membentuk corak-corak tingkahlaku yang dianggap rendah bagi
standard sosial yang diperlukan untuk umurnya. Seterusnya lagi kesedaran bahawa
tingkahlaku tidak diterima daripada segi sosial akan merendahkan konsep
kendirinya lagi yang akan mengakibatkan tingkahlaku sosial yang kurang baik.
Kanak-kanak
kecil tidak sedar dan tidak mengetahui tahap kecerdasan mereka,
kecuali
apabila mereka terpisah jauh daripada norma atau yang biasa bagi umurnya.
Dengan
kata lain, kanak-kanak yang sangat pandai tidak mengetahui dan tidak
menyedariyang ia sangat pandai. Begitu juga kanak-kanak yang lembap tidak
mengetahui kelembapan mereka itu. Kanak-kanak yang sederhana kecerdasan tidak
mengendahkan perkara ini.Di sekolah mereka mempunyai kayu pengukur untuk
membandingkan keupayaan kecerdasan mereka. Mereka mengukur tahap perkembangan
kecerdasan mereka berdasarkan penyesuaian mereka terhadap kerja sekolah.
Perasaan kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan yang
berlainan adalah
dipengaruhi oleh sikap sosial khususnya sikap ibu bapa,
guru dan ahli-ahli kumpulan
sebayanya. Kanak-kanak yang sederhana kecerdasan akan
merasa kurang senang apabila bersama dengan kanak-kanak yang sangat cerdas
kerana mereka berasa bebal jika dibandingkan dengan kawannya yang cerdas.
Kebanyakan daripada masalah personaliti kanak-kanak yang sangat cerdas adalah
disebabkan oleh pemencilan psikologi. Apabila mereka berpeluang bercampur
dengan kanak-kanak yang sama cerdas, masalah personaliti mereka akan berkurang
atau tersingkir. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan yang sangat rendah jika
dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang seumur dengannya di sekolah atau di
tempat tinggalnya akan merasa dirinya tersingkir umpama orang luar. Minatnya
pun berlainan jika dibandingkan dengan mereka, lantas memencilkan dirinya. Jika
kumpulan sebayanya sangat cerdas, maka kanak-kanak tadi akan merasa tidak
popular dan lebih terpencil.
·
Emosi
Emosi akan menyebabkan keadaan tidak seimbang daripada
segi fizikal dan akan
menjejaskan tingkahlaku kanak-kanak tersebut. Tindakbalas
seseorang kanak-kanak
terhadap sesuatu rangsangan akan menimbulkan sesuatu
emosi dan bergantung kepadapengalamannya yang lalu. Emosi tersebut akan
mempengaruhi cara-cara penyesuaiandirinya. Setengah-tengah kanak-kanak telah
belajar menyatakan emosi mereka sertamerta dan ada pula yang belajar menghalang
dan menyekat emosi mereka tetapi akanmengeluarkan perasaan geram itu pada suatu
masa yang lebih sesuai.
Apabila seseorang kanak-kanak itu meluapkan perasaannya,
ia sering dikatakan
sebagai tidak matang oleh orang lain. Sebaliknya jika
emosi geramnya itu dipendam ia akan merasa murung dan ini akan menyebabkannya
menjadi biadab, lekas marah, bengis, tidak mahu bekerjasama dan merenung
tentang dirinya sendiri.Emosi yang tinggi akan menyebabkan kanak-kanak itu
merasa gelisah, gentar dan kurang senang. Emosi dominan yang dialami oleh
kanak-kanak biasannya lebih mempengaruhi personaliti kanak-kanak jika
dibandingkan dengan emosi ketegangan yang menyeluruh. Persekitaran pula sering
menggalakkan pola-pola emosi yang tidak baik. Sebagai contoh perasaan risau
atau susah hati yang terlalu banyak dan selalu akan melemahkan keyakinan
kendirinya. Orang dewasa pula akan menilai tingkahlaku kanak-kanak dengan cara
yang positif apabila kanak-kanak tersebut menyekat atau mengawal perasaanng yang
meluap.
·
Pengalaman awal Kanak-kanak.
Pengalaman
ketiga kanak-kanak dan ingatan tentang pengalaman ini meninggalkan
kesan-kesan
terhadap personaliti individu yang kekal.Kekurangan kemesraan ibu
ataupenjaga
ketika awal kanak-kanak serta deprivasi emosi akan mempengaruhi
perkembangan
personaliti kanak-kanak.Jika deprivasi ini tidak lama kesannya tidak
begitu
banyak atau kekal. Kajian menunjukkan bahawa tindak balas , sikap dan emosi ibu
di dalam keseluruhan konteks kebudayaan di dala persekitaran kanak-kanak dan
faktorfaktor lain di dalam pengalaman kanak-kanak penting dalam menentukan
pola-pola personalitinya. Sikap ibu yang menyebabkan kanak-kanak merasa bimbang
dan bersalah khususnya ketika membuang air kecil atau besar, pasti akan menjejaskan
personalitinya.
·
Pengaruh Keluarga
Kehidupan kanak-kanak ditentukan oleh ibu bapanya.
Keluarga yang sering
bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh
minat terhadap anak-anak,
bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan
emosi dan
penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil.
Keluarga dan ahli keluarga yang mesra, demokratik dan ibu
bapa yang memenuhi
keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian
kanak-kanak tersebut. Kanak- kanak yang yang melihat dirinya diterima oleh ibu
bapannya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan
ketekunan. Sikap ibu bapa yang positif terhadap perkembangan personaliti
kanak-kanak ialah yang bercorak memahami perasaan, kasih sayang dan minat
terhadap kana-kanak itu sebagai seorang individu.
·
Pengaruh Kebudayaan
Di dalam setiap kebudayaan, kanak-kanak tertekan agar
membentuk pola personaliti
yang sesuai dengan standard kebudayaannya. Setiap
kebudayaan mepunyai pola-pola personaliti yang diterimanya. Mereka mempunyai personaliti
asas yang berlainan. Sejak kecil lagi ibu bapa melatih anak-anak menerima
pola-pola personaliti yang sama. Maka dengan itu, cara kanak-kanak dididik
ketika membesar merupakan pengaruh terbesar terhadap jenis personaliti yang
akan dibentuknya.
·
Pengaruh Kawan
Apabila di sekolah, kanak-kanak akan membentuk trait
personaliti yang disanjung
oleh kawan-kawannya. Perihal popular atau tidak
popularnya seseorang kanak-kanak itu mengikut pandangan rakan-rakannya sangat
penting dalam perkembangan personalitinya.
Kanak-kanak
yang kadang-kadang memegang kedudukn pimpinan di dalam pimpinannya akan
mebentuk sifat-sifat keyakinan kendiri dan sifat tenang. Kanak-kanak yang tidak
disukai oleh kawan-kawannya akan merasa inferior, rasa iri hati, benci muram
dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya.
·
Pengaruh Sekolah
Guru
memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti kanak-kanak.
Secara
langsung, guru akan mempengaruhi perasaan kanak-kanak terhadap diri kanak-kanak
itu sendiri dengan cara-cara guru membetulkan tingkahlakunya. Mereka mula melihat
diri mereka daripada sudut pandangan guru seperti ia merupakan
‘pengacau’,‘pengancam’, ‘kesayangan guru’, ‘si bodoh dan sebagainya’. Guru
mempengaruhi penerimaan sosial yang akan dicapai oleh kanak-kanak.
Pola-pola
personaliti guru akan mempengaruhi personaliti kanak-kanak. Guru yang
bersifat
mesra dan menerima muridnya akan menggerakkan mereka membuat kerja
sekolah
dengan lebih baik. Seorang guru yang negatif atau tidak mepedulikan murid akan memusnahkan
motivasi anak muridnya dan mereka merasa tersingkir.
Sejauhmana
guru mempengaruhi personaliti murid akan bergantung juga kepada
jumlah
interaksi diantara guru dan murid. Personaliti guru yang tidak disukai juga
dapatmempengaruhi personaliti murid. Gred, markah dan kad laporan menambahkan
perasaan serba kekurangan , tidak memadai, bimbang dan tekanan emosi.
Kanak-kanak yang mendapat gred yang baik dan menerima pengakuan sosial dengan
cara menerima hadiah dan penghargaan lain serta mempunyai konsep diri yang
lebih baik. Markah menetukansama ada seseorang murid itu menganggap dirinya
sebagai berjaya, pandai atau sebagai gagal, bodoh dan tidak berguna.
·
Pengaruh Sosio-Budaya Keatas Kanak-Kanak
Kanak-kanak
tidak berkembang di dalam sebuah vakum. Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi
oleh perhubungan sosial di dalam keluarga, kejiranan, komuniti, negara dan dunia
tempat mereka tinggal dan dibesarkan. Dalam konteks ini, perkembangan
kanakkanak dipengaruhi oleh ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara, kawan-kawan,
rakan sebaya, orang dewasa yang ada hubungan dengan mereka, sekolah,
rumah-rumah ibadah dan kumpulan atau pertubuhan dimana mereka adalah sebahagian
daripadanya. Pola pengaruh sosial keatas kanak-kanak seperti yang dimaksudkan
di atas telah digambarkan oleh Bronfenbrenner (1979, 1987) di dalam model
“ecological” seperti yang dipetik oleh Rice (2000) seperti berikut.
·
Pengaruh
Media
Media
masa turut menyumbang dan memberi kesan terhadap perkembangan tingkah laku
kanak-kanak. Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan aksi atau lakonan apabila
mereka menonton atau membaca .
Kanak-kanak
belajar melalui pemerhatian dari apa
yang mereka lihat sama ada melalui suratkhabar, televisyen, filem yang
dilakonkan oleh pelakon-pelakon serta mudah untuk meniru gaya aksi apa yang telah ditonton. (
Bandura, 1986 )
·
Pengaruh
Genetik atau Baka
Menurut Teori
Roe,minat dan kebolehan seseorang itu adalah diwarisi melalui baka genetik.
Tenaga jiwa yang terdapat di dalam baka genetik tidak dapat dikawal sepenuhnya.
Teori ini dikemukakan oleh Anne Roe ( 1957 ) dan Siegelman ( 1964 ). Teori ini
menyatakan bahawa setiap individu mempunyai kaedah tertentu di dalam
menggunakan tenaga jiwa yang diwarisinya.
Kelemahan dari
segi perkembangan mental juga boleh membawa kepada perlanggaran peraturan di
sekolah. Murid-murid yang lemah belajar dan gagal berkali-kali dalam
peperiksaan akan merasa kecewa dan hilang minat untuk belajar.
Mengikut Rabven ( 1977 ) apabila
murid-murid tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran tertentu dan guru pula
tidak beusaha menarik minat mereka, maka murid-murid itu akan hilang semangat
belajar dan akan melakukan apa saja yang terlintas di dalam hati mereka
·
Kemahiran Sosial yang Lemah
Pelajar yang mempunyai kemahiran sosial yang lemah didapati sukar untuk
mencari kawan, diketepikan oleh pelajar lain dan tidak kerap berinteraksi
dengan guru. Mereka kurang mempunyai teman-teman dari kalangan kanak-kanak
biasa disebabkan mereka tidak berupaya untuk mengetahui kenapa dan bagaimana
untuk menjalin serta mengekalkan hubungan. Adakalanya pelajar bermasalah
pembelajaran tidak mempunyai kemahiran untuk menolak tekanan rakan sebaya yang
negatif serta tidak dapat mengenalpasti model rakan sebaya yang baik untuk
ditiru.
Akibatnya, harga-diri (self-esteem)
mereka pun rendah yang mungkin disebabkan dengan kekecewaan usaha mereka
berinteraksi dengan orang lain. Kadang kala hal ini menyebabkan mereka
bertingkah laku negatif dan menyakiti orang lain.
·
Motivasi
Motivasi merupakan keinginan
untuk melibatkan diri dalam aktiviti. Kebanyakan pelajar bermasalah
pembelajaran kurang bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar bermasalah
pembelajaran berjaya dalam peperiksaan, mereka menganggap sebagai bernasib baik
atau ujian senang, tetapi apabila gagal dalam ujian, mereka menganggap diri
mereka bisu (dumb). Keadaan ini menunjukkan betapa lemahnya motivasi mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan