8.0 IMPLIKASI TEORI BANDURA KE ATAS P@P
Saya
mempelbagaikan bahan bantu belajar agar pelajar merasa seronok untuk meneruskan
pembelajaran mereka dan memberi sepenuh perhatian kepada pengajaran guru.
Antara bahan bantu belajar yang saya gunakan ialah gambar, pita rakaman bacaan
doa, pita rakaman nasyid, kad imbasan potongan doa dan pita rakaman lakonan
perbualan antara anak dan ayah. Pavlov mengatakan bahawa pembelajaran berlaku
akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang
berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran.
Bahan-bahan ini merupakan suatu alat perangsang untuk menarik pembelajaran.Penyampaian guru hendaklah cekap
dan menarik agar menjadi role model yang gemar dicontohi pelajar dengan
menggunakan ayat yang jelas dan menarik
supaya ia mudah difahami oleh murid.murid-murid ini sememangnya terbuka untuk
menerima ilmu baru yang akan diperolehi oleh guru.Mereka akan lebih berminat
sekiranya guru menyampaikan pelajaran dengan gaya bahasa yang boleh menambatkan
hati murid.
Demonstrasi guru hendaklah jelas
serta menarik agar pelajar boleh menirunya dengan mudah dan tepat.Sebagai
contoh bagaimana utuk menyanyi lagu yang
akan diajarkan oleh murid.peringkat pertama murid akan serook mendengar guru
menyanyi, kemudian mereka akan terdorong dengan lebih cepat untuk menyanyi
bersama. Menyanyi adalah sesuatu aktiviti yang menyeronokkan
dikalangan pelajar-pelajar. Menyanyi memberi kesan kepada pelajar untuk
peringkat yang berumur di kalangan 7 tahun. Saya cuba mengaplikasikan teori
Thorndike yang mengatakan pelajar sepatutnya didedahkan dengan suasana yang
menyeronokkan semasa aktiviti pembelajaran. Sesuatu yang menyeronokkan akan
mendorong mereka untuk belajar dan terus belajar
Seterusya
dengan cara menghasilkan hasilan guru
seperti kraftangan, senilukis yang ditunjukkan hendaklah mempunyai mutu yang
tinggi.Teknik penggunaan aliran warna yang selari dengan teknik yang pelbagai
contohnya akan memberi minat yang
mendalam dengan menunjukkan hasilan tersebut seperti lukisan alam semulajadi.
Semasa p@p
erlangsung guru hendaklah menggunakan rakan sebaya yang cemerlang dalam kelas yang boleh menjadi role model
untuk membuat demonstrasi dalam atau luar bilik darjah kerana murid yang baik
dan bagus dalam pencapaian akan memberikan buah fikiran dan idea yang bernas
kepada kawan –kawan nya.disamping itu perwatakan yang bijak dan pandai
membawa diri menunjukkan mereka seorang yang matang .murid lain boleh
memerhatikan dan meniru sikap mereka yang bagus dan bagaimana ia memberi impak kepada rakan lain
yang memerlukan bimbingan dalam kelas.
Guru yang boleh mengajar nilai murni dan watak
bersejarah dengan menggunakan teknik main peranan atau simulasi.
Di samping model hidup,
murid-murid juga boleh belajar daripada model simbolik. Selain itu, penerangan
guru terhadap sesuatu perkara perlu jelas dan jitu.
Murid-murid juga belajar daripada
gambar, video dan tayangan filem. Oleh itu, guru perlu memastikan tayangan
video atau filem tidak mengandungi unsur-unsur keganasan yang boleh ditiru oleh murid-murid.
Teori ini dapat menyumbang ke
arah teknik mengubah tingkah laku. Guru boleh menggunakan teknik ini untuk
mengubah tingkah laku yang tidak diingini kepada tingkah laku yang diingini.
Oleh itu, tingkah laku yang diingini perlu diberi pujian atau ganjaran.
Teori ini juga menyumbang ke arah
teknik pengajaran seperti main peranan dan simulasi. Oleh itu, guru boleh
mewujudkan situasi-situasi tertentu untuk mengajar nilai-nilai murni,
melakonkan watak-watak dan sebagainya.
Teori ini membantu menjimatkan
kos, masa, dan tenaga. Contohnya, melalui simulasi, perbicaraan mahkamah
olok-olok boleh diwujudkan untuk memberi peluang kepada murid-murid
memerhatikan cara sesuatu perbicaraan dijalankan. Dengan ini, murid-murid tidak
perlu pergi ke mahkamah kerana ini akan memakan masa, wang, dan tenaga.
Sebagai seorang guru kita pelulah menggunakan bahan-bahan,
teknik, kaedah, teknologi pengajaran dan pembelajaran perlu disedia dan
diubahsuai mengikut keprluan individu.
Pelajar
mestilah melibatkan diri dengan aktiviti
yang dianjurkan dalam dan luar kelas.Contohnya Semasa aktiviti menyusun kad
potongan doa, ramai pelajar yang berebut-berebut untuk menyusun. Guru terpaksa
memanggil nama tertentu untuk memastikan semua pelajar terlibat dalam aktiviti
ini. Selepas mereka berjaya menyusun kad-kad tersebut, mereka diberi tepukan
oleh semua pelajar. Pelajar yang salah susun tidak akan mendapat tepukan.
Mengikut teori Thorndike, guru mesti memastikan pelajar diberi ganjaran dan
motivasi yang dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru juga perlu menyediakan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan supaya pelajar mendapat pengalaman yang memuaskan dan terdorang
untuk belajar. Teori ini ternyata berhasil apabila pelajar-pelajar saya asyik
bertanyakan saya bila nak belajar lagi. Mereka mengharapkan pengalaman yang
baik ini berterusan dalam pembelajaran mereka.
Gerak kerja serta
aktiviti-aktiviti latihan dan pengukuhan perlu digred berpadanan dengan
keupayaan individu dengan merujuk kepada Rancangan Pengajaran Individu
(R.P.I)Kerjasama dan interaksi yang baik dengan murid-murid serta guru-guru
kelas boleh meningkatkan usaha dan kerja-kerja pemulihan.Kanak-kanak yang
menghadapi masalah pembelajaran biasanya memerlukan aktiviti berstruktur.
Aktiviti ini perlulah dirancang dengan teliti mengikut langkah-langkah kecil
untuk membolehkan murud menguasai konsep atau kemahiran langkah demi langkah. Guru juga perlu menyediakan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan supaya pelajar mendapat pengalaman yang memuaskan dan terdorang
untuk belajar. Teori ini ternyata berhasil apabila pelajar-pelajar saya asyik
bertanyakan saya bila nak belajar lagi. Mereka mengharapkan pengalaman yang
baik ini berterusan dalam pembelajaran mereka.
9.0 PENUTUP
Perasaan individu ini memainkan
peranan yang penting dalam perkembangan moral. Oleh itu, teori Bandura mungkin
sesuai dengan perkembangan moral pada awal kanak-kanak dan kurang jelas tentang
perubahan serta cita rasa orang dewasa atau kanak-kanak remaja. Namun teori ini
amat penting kerana perkembangan moral kanak-kanak dipengaruhi oleh ibu bapa,
rakan sebaya dan gurunya. Keputusan sosial yang dibuat atas beberapa faktor
iaitu standard penilaian moral yang berdasarkan pengajaran moral aktiviti
mereka. Kita perlu menciptakan model yang layak untuk ditiru dari semasa ke
semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan