Teknik
Menggambar
Kanak-kanak
adalah unik dan berbakat dalam seni. Guru yang berperanan sebagai pembolehubah
perlu kreatif dan mempunyai tahap sensitif yang tinggi dalam menyediakan
pengalaman seni untuk kanak-kanak. Disamping itu, guru juga perlu berupaya
meletakkan diri mereka dalam diri kanak-kanak bagi memahami keperluan
kanak-kanak tersebut dalam memperkembangkan pemahaman kanak-kanak melalui
pemikiran dan pengalaman.
Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan
Seni Visual KBSR, bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan
perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Bidang ini melihat
kemampuan murid terhadap aspek serta kegiatan mereka dalam membuat gambar
dengan menggunakan pelbagai media dan teknik disamping itu, ia menekankan aspek
ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu karya. Antara kegiatan
yang dijalankan dalam bidang ini ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan,
resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek .
Bidang ini menekankan
perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid. Bidang
menggambar meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan
dan kegunaannya. Kegiatan menggambar membolehkan murid mengenali dengan lebih
dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran
murid terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya menjadi fokus utama bidang
menggambar ini.
Teknik ini merupakan hasil kerja
seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan
berbentuk imej dengan menggunakan
media kering atau menggunakan warna yang paling sedikit yang dihasilkan diatas
sesuatu prmukaan rata dengan aplikasi garisan , rupa, bentuk, saiz warna dan jalinan.
Penggunaan alat dalam
sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel , pensel arna ,
pastel arang , pen dan dakwat.setiap proses melakukan garisan , melorek ton dan
menggosok juga dinamakan lukisan dan diaplikasikan melalui garisan,rupa ,bentuk
, saiz, warna dan jalinan keatas
sesuatu hasl kerja dengan pelbaga teknik yang boleh dihasilkan
bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan dari aras sukar.
KEPENTINGAN
RESIS
Terdapat
beberapa kepentingan yang bakal diperolehi sekiranya mempelajari teknik resis
di sekolah rendah. Di antaranya adalah murid dapat meneroka dengan lebih jauh
lagi tentang alatan serta bahan dalam kegiatan menggambar. Melalui teknik resis
dalam proses menggambar ini adalah merupakan satu kegiatan yang sangat menarik
untuk dijalankan terutama sekali bagi murid-murid pada peringkat sekolah
rendah. Oleh kerana penghasilan resis ini menggunakan media yang berlainan,
ianya dapat menarik minat murid untuk melakukannya. Kebiasaannya murid hanya
didedahkan dengan penggunaan pensil atau pensil warna sahaja, tetapi melalui teknik
resis ia menggunakan alat utamanya iaitu lilin atau warna krayon. Ini secara
tidak langsung dapat mengurangkan kebosanan murid terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Murid dapat menggunakan pelbagai
alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang
tersendiri. Ini sekaligus dapat membantu proses perkembangan murid dari aspek
psikomotor dan juga emosi serta amat penting dari aspek keperluan fisiologi dan
psikologi murid.
Melalui
teknik resis ini juga, murid-murid dapat mengalami pengalaman langsung dengan
derianya mengenai subjek atau hal benda yang digambarkan. Ini dapat membantu
murid dalam memahami sesuatu idea dan menghubungkaitkan antara satu idea dengan
idea yang lain atau dengan pengetahuan dalam pelbagai mata pelajaran.
Murid-murid dapat membina idea baru dari benda konkrit. Teknik menggambar
tidak hanya sekadar sebuah lukisan, malah ianya boleh diterjemahkan dalam
pelbagai medium dan kaedah. Penterjemahan idea secara teknik resis dapat member
sedikit kelainan. Disamping itu juga, murid dapat meningkatkan kemahiran,
kesedaran dan pengetahuan seni dalam menghasilkannya. Terdapat pelbagai
kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid dalam proses menghasilkan resis ini. Selain
kesedaran dan pengetahuan seni yang mendalam ia juga dapat member impak kepada
penghasilan karya yang dihasilkan. Resis yang dihasilkan dapat mencerminkan
tahap pengetahuan seni seseorang murid tersebut. Selain itu juga, ia dapat
melatih murid untuk berfikir berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.
Melalui penghasilan menggambar dengan teknik resis, ia merangsang murid untuk
berfikir serta menghubungkan idea sedia ada mereka dengan asas-asas seni
reka serta prinsip rekaan yang telah ditetapkan. Ini menunjukkan kesedaran
persepsi murid-murid dan kuasa ekspresif ini dapat dicungkil supaya mereka
boleh menyatakan perasaan mereka melalui resis. Ini menunjukkan murid telah
melakukan ekspresi diri terhadap kehidupan mereka dalam bentuk gambaran. Melalui
resis ini juga, ia dapat memberi satu pengalaman baru kepada kanak-kanak untuk
berkarya. Jika sebelum ini murid hanya didedahkan dengan teknik lukisan sahaja,
kini murid dapat meneroka dengan cara yang lebih mencabar lagi seperti teknik
resis ini. Melalui resis ia mampu melatih murid untuk terus bersabar dan
berkeyakinan dalam menghasilkannya. Ini kerana ia amat sukar untuk dilakukan
dan memerlukan kepakaran dalam melaksanakannya.
Kesimpulannya
ialah melalui teknik resis ini ia secara tidak langsung dapat menerapkan
nilai-nilai murni terhadap sahsiah murid, selain memberi satu kemahiran kepada
murid. Sebagai contoh, dalam menghasilkan resis, ia menuntut banyak kesabaran
dalam menyiapkannya. Lukisan yang dihasilkan lebih menarik serta pengaplikasian
media dan medium yang pelbagai serta mempunyai nilai estetika yang tinggi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan