GOSOKAN
Proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan
Proses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka.
Proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan
Proses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka.
Cara
paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu
permukaan.
Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil.
Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil.
Hasil
cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas
yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan.
Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat dengan meletakkan sekeping kertas di atas sesuatu permukaan denganmenggosok menggunakan bahan tertentu.
Dianggap satu eksplorasi permukaan supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton
.
. Mengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang ) menggunakan sesuatu untuk menggosok.
.Menurut Glosari Seni Lukis pula gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan.

. Sukatan Pelajaran KBSR, kegiatan gosokan menjadi salah satu cadangan aktiviti yang boleh
dilaksanakan dalam bidang menggambar. Ia menjadi salah satu cara yang kreatif untuk mempersembahkan suatu hasil kerja seni.
Dapat memperkembangkan deria lihat terhadap persekitaran dan boleh menghasilkan berbagai perasaan seperti gembira, suka, minat, selesa dan sebagainya. Apabila kita mengaplikasikan aktiviti gosokan dalam aktiviti seni, tak secara langsung akan peka terhadap setiap permukaan yang terdapat di persekitaran.
Kita boleh mengetahui bahawa setiap permukaan yang berjalinan boleh menghasilkan berbagai corak yang menarik. Pengajaran dan pembelajaran di kelas tidak akan menjadi bosan dan dapat menarik minat murid-murid dalam penerokaan sesuatu permukaan. Walaupun terdapat beberapa permukaan jalinan yang sama antara satu sama lain tetapi apabila dihasilkan secara gosokan akan menghasilkan corak permukaan yang berlainan. Biasanya permukaan yang mempunyai jalinan yang kasar dan rapat akan menghasilkan ton yang lebih gelap berbanding permukaan yang mempunyai jalinan yang jarang dan nipis.
Teknik gosokan
• Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja
• Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali
• Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang berlainan
• Gosokan secara pusingan
• Gosokan menggunakan berbagaibagai warna
• Gosokan monokrom - menggunakan warna putih dan hitam sahaja.
• Gosokan potongan kertas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan