8.0 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak
oleh Lowenfeld dan Britain
Lowenfeld
dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanak -kanak
yang merangkumi peringkat umur dari 2-14 tahun. Peringkat perkembangan artistik
yang
diperkenalkan oleh Lowenfeld dan Britain ini merangkumi lima peringkat utama
iaitu
peringkat
scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, peringkat dawning realism,
peringkat pseudonaturalistic dan peringkat adolescent art.
(a)
Peringkat Scribbling (2-4 Tahun)
Pada
peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal.
Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot
motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan
badan mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus
dan melintang kepada melukis bulatan.
(b)
Peringkat Preschematic (4-7 Tahun)
Peringkat
ini memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan
pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan
garisan. Sebagai contoh ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis
dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan
dengan saiz imej yang berbeza-beza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan