Sabtu, 22 Jun 2013

Tiada Kejanggalan (syaz)



3.4 Tiada Kejanggalan (syaz)[1]
Syarat terakhir untuk menjadikan sesuatu hadis tersebut sebagai sahih atau tidak ialah tidak terdapat padanya syaz atau kejanggalan samada pada sanad atau matan hadis. Syaz dalam sanad berlaku apabila sanad sesebuah hadis itu tidak sama dengan sanad-sanad hadis yang meriwayatkan hadis yang sama seperti meriwayat atau menyambungkan sanad seuah hadis yang bertaraf mursal untuk menjadikannya sebagai hadis muttasil.
Janggal atau syaz pada teks hadis pula berlaku apabila seseorang perawi itu menambah atau menyelitkan beberapa kalimah lain ke dalam sesuatu teks hadis dengan tujuan yang tertentu berbeza dengan teks hadis yang menyebutkan maksdu atau perkara yang sama.



[1] Ahmad Muhammad Syakir, al-Bacith al-Hanith Syarah Ikhtisar Ulum al-Hadith Li al-Hafiz Ibn Kathir, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut-Lubnan, t.thn., hlm.19, Ahmad Umar Hashim, Adwa’ Ala Mustalah al-Hadith, Universiti al-Azhar, Kaherah, hlm53-60

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau syaz digunakan untuk panggil seseorang adakah elok untuk panggil dia dgn nama syaz tu?

abu muhammad walid ilias berkata...

Macamana tu, x faham soalan

abu muhammad walid ilias berkata...

Macamana tu, x faham soalan