12.0 PENUTUP
Akhirnya saya dapat simplkan bahawa setiap orang mempunyai potensi untuk menjadi
lebih kreatif dan produktif, tetapi ianya bukanlah merupakan hak mutlak akan
terjadi kepada semua orang. Ianya berkait rapat dengan idea, perasaan,
pemikiran, pengalaman dan keinginan seseorang. Sikap tunggu dan lihat , lemah
jiwa , kekurangan pengetahuan dan kemahiran , menjadikan potensi kreatif yang
ada pada setiap orang, beransur lemah dan pasif.
Bagi seseorang artis, pemikiran kreatif (pemikiran tampak) yang kadangkala
tidak menggunakan walau sepatah perkataan, merupakan suatu prosedur atau kaedah
yang perlu digunakan apabila ia melihat , berfikir, atau belajar, bagi
mewujudkan idea. Idea yang diperolehi mungkin berupa imej tampak atau kefahaman
pandang-timbang yang dapat ditukarkan ke dalam bentuk perkataan, angka, simbol,
atau rentak muzik. Seseorang yang kreatif lazimnya tidak hanya memaparkan
secara langsung tentang apa yang dilihat atau dialaminya, ia mungkin
menggunakan metafora dan analogi memproses pengalaman tampaknya untuk
dilahirkan ke dalam bentuk tampak yang baru. Keupayaan menggunakan metafora dan
analogi memerlukan pula pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan. Dengan lain
perkataan, untuk mendapatkan kefahaman-pandang timbang, seseorang itu perlu
berusaha mendapatkan pengetahuan , kemahiran dan pemikiran tentang sesuatu
bidang.
RUJUKAN
Kementerian
Pendidikkan Malaysia.(1998)Buku Sumber Guru Pendidikkan Seni Visual,KBSR.KL :DBP
Kementerian
Pendidikkan Malaysia.(1985).Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Visual,KBSR.KL :DBP.(Tahun Satu hingga
Tahun Enam )
Modul
HBAE 1103.(2011)Pengenalan Pendidikan Seni Visual, OUM.